Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Sumber Google
Pasangan k-pop popular Junsu JYJ dan Hani EXID dikhabarkan sudah pun memutuskan hubungan cinta mereka yang belum pun mencecah setahun. Junsu dan Hani sebelum ini membuatkan pengakuan umum yang mereka mempunyai hubungan istimewa pada 1 Januari lalu.
Namun perpisahan pasangan ini disahkan sendiri oleh agensi yang menguruskan kumpulan EXID iaitu Banana Culture.
“Memang benar Kim Junsu dan Hani sudah berpisah. Kami tidak dapatkan mengesahkan bila mereka membuat keputusan tersebut. Namun, ia ketara yang mereka bersetuju untuk berpisah kerana jadual kerja masing-masing yang sangat sibuk,” ujar agensi pengurusan Hani.
Hani sebelum ini pernah tampil di dalam rancangan bual bicara tv, Radio Star dan membuat pengakuan secara umum akan perhubungannya dengan Junsu yang dirahsiakan selama ini termasuklah dengan kumpulannya sendiri.