Gambar : Shutterstock
Perancangan keluarga melibatkan keputusan yang dibuat bersama untuk mengawal jumlah anak, jarak masa untuk mendapatkan anak seterusnya dan menghentikan peluang memperoleh anak.
Jadi, buat pasangan suami isteri yang tertanya-tanya akan kaedah merancang keluarga, EH! senaraikan kaedahnya di bawah untuk informasi anda.
Semula jadi
- Melakukan ejakulasi di luar faraj.
Mengenal pasti masa subur wanita dengan mengelakkan persetubuhan ketika ovulasi, iaitu 14 hari sebelum datang haid. Masa subur boleh diketahui berdasarkan kalendar berdasarkan kitaran haid selama 6 bulan. Ketika ini, lendiran faraj ketika ovulasi menjadi cair dan memudahkan kemasukan sperma. - Penyusuan susu ibu dalam jangka masa panjang kerana ovulasi tidak berlaku kepada wanita yang menyusukan bayi mereka.
Bantuan halangan
- Kondom
- Alat dalam rahim (IUD)
- Diafgram: Liang lapik rahim yang menutup pintu masuk rahim
- Servical cap
Hormon
- Terdiri daripada suntikan, pil mahupun implan yang menghalang ovulasi dimana ia menyebabkan lendiran faraj menjadi pekat dan ruang rahim tidak lagi sesuai untuk penempelan benih.
Bahan kimia
- Spermisid yang datang dalam bentuk krim atau buih berupaya membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj.
Pembedahan kekal
- Vasektomi: Saluran yang membawa sperma diikat supaya air mani yang terhasil tidak mengandungi sperma
- Bilateral Tubal Ligation: Tiub fallopian diikat agar ovum tidak dapat melalui tiub ini.
Dari pandangan Islam
Anak adalah anugerah dari Tuhan, justeru adalah salah dengan sengaja menyekat kelahiran cahaya mata. Namun, ia dibolehkan jika memberi kesan negatif kepada ibu dan anak. Kesemua kaedah boleh dilakukan, tetapi bukanlah kaedah kekal melainkan ia memberi mudarat kepada si ibu.