Berdiri lebih, kurangkan duduk
Kajian baru menegaskan yang mana orang yang duduk lebih lama dalam sehari berisiko 24 peratus lebih untuk kanser rahim dan usus dari orang yang lebihkan berdiri. Kajian lain pula mendapati yang mana mereka yang menghabiskan lebih masa menonton televisyen berisiko 54 peratus lebih untuk penyakit ini berbanding mereka yang jarang menonton televisyen. Jadi, seeloknya banyakkan berdiri dan berjalan untuk kurangkan risiko penyakit ini.