Daun Pasli
Daun pasli ini mengandungi kompaun yang dinamakan apigenin. Kajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat telah mendapati apabila seekor tikus makmal yang mempunyai sel kanser payu dara diberikan apigenin, tikus berkenaan menghasilkan beberapa tumor dan dalam masa yang sama ia melambatkan pembentukan tumor tersebut. Pakar menyarankan untuk mengambil sayur pasli sedikit setiap hari kerana ia masih lagi kurang pasti berapa banyak amaun apigenin yang manusia perlukan dalam melawan penyakit ini.