Berikutan kes rompakan ke atas Kim Kardashian West, suaminya Kanye West kini terus mengambil keputusan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan isterinya itu.
Umum tahu Kim Kardashian telah dirompak di apartment bertingkat yang dia menginap ketika berada di Paris untuk menghadiri Paris Fashion Week baru-baru ini. Keseluruhannya, Kim telah mengalami kerugian lebih US$10juta termasuklah dua telefon bimbit dan barangan kemasnya serta sebentuk cincin berlian pemberian suaminya yang bernilai US$4juta.
Kim yang terus bergegas pulang ke New York selepas beberapa jam insiden tersebut berlaku telah disambut oleh Kanye dan dilaporkan yang rapper itu sanggup menambah bilangan pengawal peribadi sehingga 30 orang untuk menjaga keselamatan kediaman mereka.
Menurut laporan E! Online, seorang sumber yang juga pengawal peribadi di Amerika Syarikat memaklumkan yang bayaran untuk seorang pengawal peribadi bersenjata dalam lingkungan US$75 ke US$125 untuk satu jam.
Khabar itu diperkuatkan lagi apabila Aaron Jackson, Presiden Finest Execution Protection New York menyatakan yang mana bayaran untuk setiap pengawal peribadi bersenjata juga bergantung kepada status individu berkenaan serta melihat pada aspek tahap ancaman yang dialaminya, sama ada kritikal atau pun tidak.
“Selebriti biasanya akan dikenakan caj lebih dari itu. Kim adalah seorang yang sangat sangat terkenal. Dan sekarang dia mempunyai tahap ancaman yang tinggi. Saya boleh katakan dia dikenakan bayaran US$150 sejam untuk seorang pengawal peribadi.”
Ini sekaligus menunjukkan yang Kanye West berhabisan wang untuk memastikan tahap keselamatan isteri dan keluarganya sentiasa terjaga walaupun terpaksa berbelanja sehingga US$100,000 sehari.