Meskipun belum lagi tiba masa untuk aktres ini melahirkan bayi sulungnya tetapi Kareena Kapoor sudah pun dibanjiri tawaran untuk membeli gambar bayi sulungnya itu dari syarikat-syarikat penerbitan.
Umum tahu yang mana Kareena Kapoor bersama suaminya, Saif Ali Khan sedang menanti kelahiran bayi pertama mereka yang dijangka dilahirkan sekitar bulan Disember nanti.
Khabar dari bumi Bollywood membawa berita yang mana aktres menawan ini tidak henti menerima tawaran dari syarikat-syarikat penerbitan yang ingin membeli gambar-gambar bayi sulungnya itu nanti.
Kareena sudah semestinya gembira dengan perkara itu. Tetapi yang pastinya jawapannya untuk tawaran itu ialah ‘tidak’.
“Dia tidak akan sekali menjual gambar-gambar anak sulungnya itu nanti. Tetapi ya, Kareena rasa teruja dengan permainan pembidaan syarikat-syarikat ini dan dia mahu melihat setinggi mana kuota pembida yang mahukannya,” ujar sumber terdekat kepada Kareena kepada portal BollywoodLife.
Dikhabarkan Kareena dan Saif sudah pun bersedia untuk menyambut bayi sulung mereka itu. Bahkan, pasangan ini juga dikatakan bakal terbang ke Dubai untuk babymoon.
Menurut laporan dari Bollywood juga, Kareena turut berkongsi yang dia sukakan makanan pedas Punjabi dan itu adalah makanan yang dia idamkan sejak beberapa hari ini. Pasangan ini juga ada merancang untuk menamakan bayi mereka Saifeena. Kareena sebelum ini pernah dengan bangganya mengumumkan jantina bayi pertamanya itu iaitu bayi perempuan.