Oleh : Farhana Fuad
Gambar : Viral Bhayani (Sumber Buzzfeed)
Kareena Kapoor melalui detik indah dalam hidupnya setelah berjalan di atas pentas peragaan buat pertama kalinya setelah mengumumkan berita kehamilannya. Selebriti Bollywood jelita ini berasa emosi akan momen tersebut yang tidak akan dilupakan itu kerana ia satu ketika yang mana dirinya dan kandungan berjalan bersama di atas pentas tersebut buat julung kalinya.
&nbp;
Kareena yang berjalan sebagai muse untuk koleksi terbaru pereka Sabyasachi di pentas peragaan Lakme Fashion Week musim Sejuk/Festive 2016 berkata, ” Saya boleh kata yang ia bukan saya seorang tetapi kami berdua. Ia adalah satu momen yang sangat istimewa. Saya tidak pernah lagi berjalan memperagakan untuk koleksi Sabyasachi sebelum ini, dan saya tidak pernah berkesempatan untuk membuat filem bersama. Tetapi momen ini sangat indah. Ia akan menjadi satu sejarah.”
Aktres terkenal ini turut dipuji oleh industri kerana tidak menjadikan kehamilan sebagai satu tembok penghalang untuk dirinya terus bekerja dan berkata yang dirinya tidak akan lari dari kamera pihak media.
Gambar : Viral Bhayani (Sumber Buzzfeed)
“Saya selalu memastikan yang saya akan sentiasa bekerja sampai ke hembusan terakhir. Berlakon adalah minat saya. Kerja saya adalah apa yang sayang minati dan selagi saya masih bekerja ia membuatkan saya gembira serta ia boleh dilihat pada wajah saya yang teruja. Saya akan terus berkarya,” ujar Kareena kepada media di Mumbai.
Kareen sebelum ini mengumumkan berita kehamilannya bersama suami, Saif Ali Khan. Selebriti Bollywood ini bakal menimang cahaya mata pertama yang dijadualkan pada bulan Disember nanti. Pasangan ini berkahwin pada Oktober 2012 setelah kenal rapat selama lima tahun.