Gambar : Video Funny or Die
Katy Perry tampil tanpa seurat benang untuk mengundi menerusi video Funny or Die. Video tersebut bertujuan untuk menggesa generasi muda Amerika yang sudah layak untuk mengundi pergi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat di negara itu.
Gambar : TPGimages
Mesej yang cuba disampaikan oleh Perry adalah mereka boleh pergi mengundi tidak kira apa sahaja keadaan mereka walaupun baru bangun tidur. Penyanyi lagu Rise ini turut memuat naik sekeping gambar di dalam akaun Instagramnya dengan kapsyen bertulis, “Tomorrow, I use my body as click bait to help change the world,” dengan rambutnya yang kelihatan kusut masai.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, Perry bangun dari tidur seawal 10 pagi dan terus berjalan keluar ke lokasi mengundi dengan pakaian tidurnya.
“Hi, I’m Katy Perry! You know, Nov. 8 is election day and I’ve got some great news. This year, you can look like s*** when you vote,” ujar Perry menerusi video bertajuk Rock the Vote itu.
Kemudiannya, Perry menyatakan yang mana dirinya tidur dalam keadaan tanpa pakaian sambil membuka pakaiannya. Polis terus menghampirinya dan menahannya.
“Scratch that. Gotta wear clothes. My bad,” penutup bicaranya yang membawa mesej tersembunyi agar supaya tampil mengundi pada 8 November nanti, tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, yang penting memakai pakaian.