Oleh : Farhana Fuad
Setelah dua tahun menanti, Katy Perry akhirnya lancarkan single terbarunya yang mana lagu tersebut dilancarkan bersempena Olimpik Rio 2016. Bintang pop ini melancarkan lagu terbarunya yang berjudul Rise dengan trak berunsurkan elektronik.
Bentuk suara Perry juga dikatakan distorted dan sedikit diubah menjadi lebih seakan computerized pada bahagian verse sebelum memasuki bahagian chorus.
“Ini adalah sebuah lagu yang sudah bermain dalam kotak fikiran saya bertahun-tahun lamanya, dan akhirnya dihasilkan. Saya merasakan sebaiknya saya sempurnakannya sekarang, dan bukannya menyimpannya untuk album saya akan datang, kerana sekarang ini lebih diperlukan, dunia perlu kembali bersatu.”
“Saya tahu jika kita bersama kita boleh bangkit melawan rasa takut– di negara kita, dan di seluruh dunia. Saya tidak dapat fikirkan satu contoh yang lebih baik daripada atlet Sukan Olimpik, kerana mereka semua berkumpul di Rio dengan kekuatan dan keberanian untuk mengingatkan kita bagaimana kita semua boleh bersatu bersama-sama, dengan keazaman untuk menjadi yang terbaik. Saya harap lagu ini boleh memberi inspirasi kepada kita untuk kembali pulih, bersatu dan bangkit bersama-sama. Saya amat berbesar hati kerana NBC Olimpik telah memilih untuk menggunakannya sebagai lagu kebangsaan sebelum dan semasa acara Rio,” kata Perry lagi.
Single baru dari Perry ini kini secara eksklusif boleh didengari menerusi http://smarturl.it/KPriseAM dan boleh juga dimuat turun di http://smarturl.it/KPrise .
Tidak hanya Katy Perry yang berjaya melancarkan single terbaru pada hari ini (15 Julai), malah Britney Spears turut melancarkan lagu single pertama terbarunya untuk album baru ke-9 akan datang.
Single seksi musim panas terbaru dari Britney ini berjudul Make Me turut menampilkan pendatang baru, penyanyi rap G-Eazy.
Make Me adalah single pertama terbaru dari Britney yang dilancarkan sejak Pretty Girls bersama Iggy Azalea pada musim panas tahun lalu. Album terakhir Britney adalah pada tahun 2013, Britney Jean yang menampilkan single Work Bitch dan Perfume.