Pengarah Kreatif EH!, Khairul Abidin membutirkan 10 haruman yang menjadi kesukaannya ketika ini. Dan ini penilaian dari sudut peribadi berdasarkan haruman yang sering digunakan.
Le Labo Another 13
Berada di tangga pertama dan all-time-favourite saya! Satu faktor yang saya suka haruman ini ia long lasting, bahkan kalau saya sembur pada baju, selepas dibasuh baunya masih ada. Minyak wangi ini tercetus hasil kolaborasi Le Labo dengan majalah Another Magazine, haruman ini hadir sebagai skin scent yang terasa sangat peribadi—seolah-olah menjadi sebahagian daripada diri anda. Gabungan ambroxan, kelopak jasmine, moss serta nota kayu-kayan dan amber menghasilkan bau yang musky tetapi tetap segar. Paling menarik, aromanya berubah sedikit mengikut kimia kulit pemakai—menjadikannya unik untuk setiap individu.
Diptyque L’Eau Papier
Sebaik menerima haruman ini, saya menyemburnya hampir setiap hari, bagaikan jatuh cinta bau pertama. Bayangkan dakwat yang meresap perlahan ke atas helaian kertas putih—daripada situlah idea haruman L’Eau Papiertercetus. Wangian ini meraikan hubungan antara imaginasi, dakwat dan kertas. Gabungan white musk, rice steam accord, mimosa dan blonde wood mencipta aroma lembut yang terasa artistik dan halus. Ia seolah-olah satu penghormatan kepada kreativiti—sesuai untuk mereka yang suka sesuatu yang subtle tetapi penuh karakter.
Dior Sauvage Elixir
Ini satu lagi bau yang tahan lama. Tak hairanlah wangian ini menjadi antara pilihan paling popular untuk lelaki. Nota sitrus yang dipimpin oleh grapefruit memberikan aura segar dan bersih yang sangat mudah dipakai setiap hari. Sauvage Elixir sesuai untuk lelaki yang mahukan haruman maskulin yang sofistikated tetapi masih ringan dan elegan—cukup kemas untuk acara istimewa Raya tanpa terasa terlalu kuat.
Bleu de Chanel L’exclusif
Tahun lalu Bleu de Chanel didatangkan dalam aroma yang lebih jitu dan seperti namanya – eksklusif, Bleu de Chanel L’exclusif. Untuk rasa segar sepanjang hari, Bleu de Chanel memang pilihan klasik. Sejak diperkenalkan pada 2010 oleh Chanel, wangian ini kekal menjadi kegemaran ramai. Aromanya yang bersih dengan sentuhan citrus membuatkan ia sesuai dipakai dari pagi hingga malam—sama ada ke pejabat, ke kelas atau ketika sibuk beraya dari rumah ke rumah. Botolnya yang mewah juga menambahkan lagi daya tarikannya.
Yves Saint Laurent MYSLF Eau de Parfum
Saya biasanya semburkan haruman ini jika saya mahu sesuatu yang santai namun masih ada karakter. Baunya tidak terlalu kuat, tidak terlalu ringan—MYSLF adalah pilihan tepat untuk anda yang lebih senang dengan sesuatu yang bersahaja. Permulaannya maskulin dan klasik, kemudian berkembang kepada aroma sitrus yang bersih. Ketahanannya sesuai untuk hari kerja, perlahan-lahan pudar tanpa terlalu memenuhi ruang. Dengan botol yang sleek dan moden, wangian ini mudah dibawa dari siang terus ke acara malam.
Tom Ford Oud Wood
Saya tak berapa gemar sangat kalau minyak wangi yang terlalu keras dengan bau woody, tapi yang ini saya suka. Dalam keras, ada lembutnya. Haruman ini terasa berkrim, lembut dan sangat mewah setiap kali disembur. Aromanya tahan lama dan cukup berkarisma—jenis wangian yang terus meninggalkan impresi sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam bilik. Namun kerana karakternya agak berat, ia lebih sesuai dipakai pada cuaca yang lebih sejuk atau waktu malam.
Jo Malone London Sandalwood & Spiced Apricot Cologne
Dilancarkan sebagai edisi terhad pada musim percutian tahun lalu dan dicipta oleh perfumer Anne Flipo, wangian ini diinspirasikan daripada kemeriahan satu-satu keraian. Haruman dibuka dengan nota rempah sebelum berkembang kepada teras sandalwood yang lembut. Sentuhan aprikot menambah elemen fruity yang halus, manakala vanilla, labdanum dan patchouli memberikan kehangatan resinous yang memikat.
Aesop Aurner Eau de Parfum
Disebabkan saiznya yang agak kecil, haruman ini selalu berada di dalam beg kerja saya. Aurner adalah wangian floral yang berani dengan kontras yang menarik. Nota rempah hijau yang segar bertemu dengan kehangatan herba, manakala daun pohon magnolia memberikan karakter floral yang berpadu dengan nota kayu-kayan yang hangat. Hasilnya adalah haruman yang kompleks, moden dan penuh personaliti.
Emporio Armani Stronger With You Intensely
Digambarkan seperti “pelukan hangat”, wangian ini menawarkan aroma rempah lembut yang kekal sepanjang hari. Jika anda tidak mahu haruman yang terlalu kuat, cuba semburkan ke udara dan berjalan melaluinya untuk efek yang lebih subtle. Nota chestnut dan vanila di bahagian tengah memberikan rasa cosy—seolah-olah haruman yang melekat lembut pada sweater kegemaran. Minyak wangi ini adalah favourite Hun Haqeem.
Prada Paradigme
Jujur saya katakan apa yang buat saya suka ialah botolnya. Ia sudah cukup menarik saya untuk meletakkannya di atas dressing table saya. Tapi ia tetap datang dengan bau yang segar. Haruman ini bersifat playful kerana aromanya berubah sepanjang hari. Ia bermula dengan nota bergamot yang cerah sebelum berkembang kepada lapisan hijau, floral dan grassy. Ketahanannya juga mengagumkan—bertahan berjam-jam sambil perlahan-lahan menukar karakter aromanya.










