Dalam dunia kecantikan khususnya dalam bidang solekan, sekilas pandang ramai yang terfikir ia satu bidang yang dimonopoli oleh jurusolek lelaki. Tetapi disebalik populariti jurusolek lelaki, sebenarnya ada ramai jurusolek perempuan yang amat berkemahiran dan mendapat permintaan yang tinggi.
Di peringkat antarabangsa, ramai jurusolek wanita yang berjaya bersaing dengan jurusolek lelaki seperti Pat McGrath, Mary Philips, Gucci Westman termasuklah legendary makeup artist seperti Bobbi Brown dan Charlotte Tilbury yang turut mempunyai jenama alat solek mereka sendiri. Sama juga di Malaysia, kita punya banyak pilihan jurusolek perempuan yang handal-handal belaka.
EH! bariskan 10 jurusolek wanita yang popular hari ini (sususan mengikut abjad).
Bee Ramza
Antara jurusolek wanita yang popular di Malaysia, Bee Ramza memang menjadi pilihan ramai pengantin, selebriti dan juga orang kenamaan. Antara figura penting negara yang sering sentuhan Bee ialah Raja Permaisuri Agong Malaysia, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah II. Bee juga mempunyai jenama kanta lekapnya sendiri, Lauve.
Yang Sering Disolek: Amyra Rosli, Datin Lisa Surihani & Hetty Koes Endang
Instagram: @ramzamode
Datin Saidatulnisa Aminuddin
The OG! Jurusolek ini sudah boleh dikira sebagai salah seorang legenda dalam dunia solekan tanah air. Ratusan wajah sudah mendapat sentuhan wanita yang mesra disapa sebagai Kak Sai ini termasuklah golongan di-raja. Antara figura yang kerap memilih Kak Sai ialah DYMM Sultanah Nur Zahirah, DYMM Sultanah Zara Wilson, DYMM Sultanah Zarith Sofea, YTM Tunku Tun Aminah dan Cik Puan Azrinaz Mazhar Hakim. Malah Kak Sai juga pernah menyolek wajah bintang Hollywood seperti Jodie Foster dan Jessica Alba.
Yang Sering Disolek: Ella, Ummi Nazeera & YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Dato’ Seri Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Instagram: @saidatulnisaaminuddin
Fazz Ariffin
Jika anda suka melihat solekan yang minimal pada wajah Mimi Lana di hari pernikahannya, anda perlu tahu Fazz Ariffin adalah individu di sebalik riasan itu. Jika anda skrol akaun Instagram Fazz Ariffin, anda akan lihat banyak muat naik solekan pengantin. Malah Fazz juga yang merias wajah Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini binti Dato’ Abdul Aziz untuk potret pengumuman perkahwinan Raja Muda Selangor, Yang Mulia Tengku Amir Shah.
Yang Sering Disolek: Mimi Lana
Instagram: @fazz700_
Juliana Nazar
Lebih dikenali dengan panggilan nama Juju, dia adalah seorang wanita yang penuh dengan skil kreatif. Dia sudah mengumpul banyak pengalaman dalam bidang solekan, dari editorial, persembahan pentas mahupun perkahwinan dan pelbagai acara. Dia juga punya kebolehan sebagai penata gaya dan dia juga adalah orang penting disebalik jenama Tangsi Tujuh.
Yang Sering Disolek: Kaka Azraff & model untuk penggambaran editorial.
Instagram: @juju.icesan
May Woo
Saya mula mengenali May menerusi Yaya Zahir. May Woo punya kebolehan sebagai jurusolek dan juga sebagai pendandan rambut. Dan disebabkan ini juga, dia sering menjadi pilihan selebriti untuk dibawa bersama bila ada tugasan luar negara seperti Daiyan Trisha dan Bella Astilah. Selain selebriti, May juga banyak berkongsi sentuhannya untuk penggambaran editorial.
Yang Sering Disolek: Azira Shafinaz, Yaya Zahir, Daiyan Trisha
Instagram: @mmaymay
Nadeera NVDISM
Nadeera atau lebih mesra disapa Nad dikenali dengan stail solekan yang natural namun masih memberi efek glowing. Dia sukakan asas solekannya nampak natural dengan efek dewy. Sdan saya perhatikan dia cukup sukakan gaya solekan bibir dengan sentuhan glos. Nad sering menjadi pilihan ratu sehari untuk majlis bersejarah mereka selain selebriti.
Yang Sering Disolek: Nora Danish, Nad Zainal dan Cik Manggis (DeFam)
Instagram:@nvdism
Naqiah Rahim
Naqiah Rahim terkenal dengan solekan yang melembutkan wajah jadi tak hairan ramai pengantin memilih dia untuk menyolekkan mereka. Naqiah juga adalah indidvidu yang bertanggungjawab merias wajah Amira Othman di hari pernikahannya yang berlangsung beberapa bulan lalu.
Yang Serig Disolek: Nabila Razali & Amira Othman
Instagram: @naqiahrahim
Noriana Face Designer
Noriana adalah graduan dalam jurusan undang-undang namun minatnya dalam dunia solekan melebihi segalanya. Dikenali sebagai Nana, ‘stail’ solekannya pelbagai, dari gaya editorial yang adakalanya edgy, hingga ke sesuatu yang lebih minimal seperti untuk solekan pengantin.
Yang Sering Disolek: Sophia Liana (DeFam), Ally Mukhriz dan Datin Vivy Yusof
Instagram: @norianathefacedesigner
Nurul MF
Nurul MF sering menjadi pilihan ratu sehari, dan di akaun Instagramnya kita dapat lihat pelbagai gaya solekan buat pengantin. Namun dia juga menjadi pilihan beberapa selebriti untuk solekan ke majlis dan persembahan pentas. Antara yang pernah dilihat menggunakan khidmatnya ialah Aina Abdul.
Yang Sering Disolek: Wany Hasrita & Datin Lisa Surihani
Instagram: @makeupbynurulmf
Ummi Nasir
Kelebihan Ummi Nasir bukan hanya bila dia memegang berus mekap, tapi dia juga berkebolehan dalam menjadi ‘pembimbing’ kelas solekan. Sudah banyak beauty workshop memilihnya sebagai tutor, termasuk yang dianjur sendiri atau juga undangan dari pelbagai jenama dan organisasi. Dia seorang yang mahir dengan produk, fungsi dan efek, dari penjagaan kulit hingga solekan.
Yang Sering Disolek: Penggambaran editorial, kempen dan raja sehari.
Instagram: @makeupbyumminasir




















