Cle De Peau Beaute La Crème Face Cream, RM2,600
Jika di Jepun, jenama ini antara jenama penjagaan kulit mewah yang menjadi pilihan utama. Malah ada yang menganggap ia sebuah masterpiece di dalam dunia kecantikan di sana. Krim intensif untuk sapuan pada waktu malam ini dicipta untuk merangsang pembaharuan sel kulit lantas membuat kulit terasa segar, mulus dan anjal.