Sisley Supremÿa Baume
Sisley adalah jenama penjagaan kulit yang menjadi kesukaan aktres tersohor Salma Hayek dan Jennifer Lawrence. Krim penjagaan waktu malam ini dicipta untuk memenuhi keperluan dalam pemeliharaan kulit kering. Teksturnya pekat hasil gabungan Phyto-Complex LC12 dormula yang dipatenkan oleh Sisley sendiri yang menggabungkan manfaat tumbuh-tumbuhan. Ia diperkaya dengan minyak kacang hazel, Macadamia dan mentega Kokum. Krim ini bagaikan persediaan untuk kulit lengkap berperisai untuk bertahan dengan ‘perosak’ sekeliling.