Dari skincare hingga makeup, jenama-jenama ikonik di Sephora hadir dengan pilihan yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga praktikal sesuai untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang atau treat manja untuk diri sendiri.
Musim perayaan telah tiba, dan tiada cara lebih seronok untuk menyambutnya selain dengan berbelanja koleksi edisi terhad yang comel, glam, dan mudah dibawa ke mana-mana. Setiap produk seolah menjemput anda untuk menikmati kemeriahan hujung tahun dengan gaya yang elegan dan fun.
Tahun ini, koleksi holiday limited edition tampil dalam saiz travel yang comel dengan packaging perayaan yang menggoda. EH! senaraikan sepuluh limited edition gifts di bawah RM150 yang wajib dimiliki perfect untuk self-gifting atau dijadikan hadiah kecil yang bermakna buat tersayang.
1. LANEIGE Midnight Minis Set (Holiday Limited Edition) RM90
Laneige hadir dengan satu set mini yang sensual, menekankan ritual bibir sempurna melalui rangkaian lip sleeping mask beraroma vanila, mangga dan gummy bear. Untuk melengkapkan pengalaman mewah ini, set tersebut turut disertakan dua produk hidrasi kulit bersaiz mini yang menyempurnakan rutin malam anda. Tekstur mask yang lembut pada bibir, meninggalkan kemasan licin, lembap dan plump menjadikan set ini benar-benar a midnight luxury dalam saiz travel. Ia ideal untuk dimasukkan ke dalam travel pouch, ringkas, praktikal dan sempurna untuk menemani anda ketika menaiki pesawat.

2. PIXI On-The-Glow Blush Duo (Holiday Limited Edition) RM96
PIXI menghidupkan kembali aura “skin-first glow” melalui duo blush ikonik mereka yang kini tampil dalam saiz mini. Diperkaya dengan aloe vera, ginseng dan ekstrak buah-buahan, formula balm ini meluncur lembut pada kulit, memberikan effortless radiance dengan tona natural yang tampak segar seakan baru pulang dari percutian di pantai. Saiznya yang kecil memudahkan ia disimpan dalam beg tangan, siap untuk digunakan bila-bila masa. Hanya swipe pada pipi dan bibir untuk hint-of-tint yang manis dan menyegarkan, menjadikannya teman setia on-the-go.

3. Charlotte Tilbury Glossy Lip Duo (Holiday Limited Edition) RM110
Pillow talk sudah lama menjadi fenomena dalam dunia solekan, dan sempena musim perayaan ini ia hadir dalam edisi terhad yang dibungkus indah dalam bauble perayaan, seakan diminta untuk digantung terus pada pokok krismas. Duo ini menyatukan lip liner dan gloss, mencipta efek fuller-lips yang lembut pada bibir. Rona nude-pink ikoniknya kekal universal, menyerlahkan kecantikan semula jadi dan memberikan ilusi cahaya studio yang flattering pada si pemakai. Sebuah hadiah yang mungkin kecil saiznya, namun mampu menghadirkan senyuman pada si penerima.

4. MAC Cosmetics Mini M·A·Cximal Silky Matte Lipstick + M·A·Cstack Mascara Duo (Holiday Limited Edition) RM119
MAC cosmetics menghadirkan duo yang merangkum jiwa glam kota metropolitan, lipstik mini dalam shade cockney memberikan kemasan sheer-shine merah klasik versi moden Hollywood glam, manakala MAC stack mascara pula menawarkan bulu mata yang penuh dramatik. Dua produk ini adalah pilihan sempurna untuk malam perayaan yang dipenuhi cahaya, muzik, momen yang tidak dijangka dan tentunya malam yang penuh glamour.

5. The Ordinary The Mini Icons Set (Holiday Limited Edition) RM131
The Mini Icons Set ialah set edisi terhad musim perayaan yang menampilkan trio hero produk bersaiz mini yang direka untuk memberikan kesan maksimum walaupun dalam bentuk kompak. Mengandungi set manifestasi kecantikan fungsional yang digemari ramai iaitu, glycolic acid 7% yang mampu menghaluskan tekstur kulit, niacinamide 10% yang mampu menyeimbangkan tona dan mengawal minyak berlebihan, serta hyaluronic Acid 2% + B5 yang mampu memberikan hidrasi mendalam yang mengekalkan kulit plump dan segar. Set mini ini seperti membawa makmal saintifik ke dalam beg kosmetik anda, praktikal, berkesan, dan sempurna untuk rutin harian atau ketika travel.
![]()
Apa salahnya berbelanja sedikit untuk empat scrunchie sutera pemenang anugerah ini. Direka anti-crease dan anti-breakage, setiap satunya ibarat couture touch yang membelai helaian sambil memastikan rambut kekal rapi tanpa tarikan yang menyakitkan. Minimal, elegan, dan memancarkan aura “luxury in the details”, aksesori kecil ini memberi impak besar pada rutin dan gaya harian anda. Percayalah your hair will thank you!

Duo ini, menjadi kegemaran ramai termasuk Selena Gomez, menggabungkan bouncy body cream bertekstur pudding dan body & hair fragrance mist dalam aroma Awaken Confidence. Gabungan peach segar dan bunga terus menaikkan mood. Krimnya melembap sehingga 24 jam dengan rasa lembut dan licin, manakala mistnya menutrisi rambut dan kulit tanpa rasa melekit. Ringan, segar, dan mampu memberikan energy baru, set ini sangat sesuai untuk dibawa sebagai teman percutian kerana saiznya yang mini.

Duo berinspirasikan coklat ini menggabungkan Lip Oil versi limited edition Cacao dan Gloss Bomb ikonik dalam shade hot chocolit. Dengan formula yang menguatkan moisture barrier bibir sambil memberi kilau yang memikat, set ini bukan sahaja menjaga kelembapan, malah menjadikan bibir kelihatan lebih penuh dan glam. Sempurna sebagai hadiah atau untuk treat diri sendiri yang irresistible!

9. Sephora Collection Mini Coconut Set (Holiday Limited Edition) RM140
Bagi pencinta aroma tropika, set mini ini bagaikan percutian buat anda. Lima produk mandian dan penjagaan badan yang dibalut dalam travel pouch ini menghidupkan suasana spa di rumah, lengkap dengan buih lembut, scrub yang memanjakan, serta lotion yang melembutkan kulit. Aroma kelapanya halus, manis, dan mengingatkan deruan ombak yang memukul pasir putih.

10. Sol De Janeiro Cheirosa & Cheer Perfume Mist Trio (Holiday Limited Edition) RM144
Sol De Janeiro hadir dengan pengalaman haruman yang merangsang deria dengan tiga mist mini yang memikat iaitu Cheirosa 62, Cheirosa 40 dan Cheirosa 48. Setiap semburan membawa aura percutiam Hawaii. Ia boleh dipakai solo atau layered untuk mencipta aroma peribadi yang menggambarkan karakter anda.

