Hari ini semakin ramai lelaki mengambil berat soal penampilan, dan saya bukan bercakap soal pakaian atau rambut samata. Lelaki semakin terbuka dalam penggunaan alat solek dalam memastikan penampilan wajah lebih rapi. Hal ini membuatkan permintaan khidmat groom stylist juga semkin meningkat. EH! senaraikan 10 male grooming artist atau groom stylist yang pantas mendapat perhatian.
ZULYASRANI
Mesra disapa Zul, dia antara top choice dalam pemilihan jurusolek untuk lelaki. Dia sering saja mendapat perhatian dari selebriti dan juga bakal raja sehari. Meerqeen sendiri antara selebriti yang kerap menggunakan khidmat Zul. Malah dia juga menjadi pilihan Syed Saddiq untuk grooming di majlis pertunangannya bersama Bella Astillah. Klik untuk profil @zulyasrani
HAMIDI JAMILI
Hamidi memang terkenal sebagai hairstylist di kalangan selebriti wanita seperti Azira Shafinaz, Sophia Liana dan Sherry Alhadad. Namun sebenarnya dia juga sering menjadi pilihan selebriti lelaki dan raja sehari. Muat naik di Instagram-nya bersilih ganti antara hasil kerja sebagai hairstylist dan groom stylist.

SYUK QADIR
Seorang lagi hairstylist yang mempunya kebolehan dalam merias wajah lelaki. Syuq Kadir bukan sahaja sering mendandan rambut selebriti wanita seperti Bella Astillah, dia juga kerap diberi tanggungjawab merias wajah selebriti dan pengantin lelaki.

ROZLAN NASSIR
Walaupun dia kerap kali dipanggil untuk menyolek wajah klien perempuan, sebenarnya Rozlan Nassir juga sering kali mendapat kepercayaan untuk merias wajah selebriti dan pengantin lelaki. Antara selebriti yang setia dengan sentuhannya ialah Fattah Amin. Sentuhan Rozlan cukup sederhana, tak berlebihan.
NAZLVINGSTYLE
Dia mula aktif dan dikenali sebagai penata gaya hijab. Namun pengalaman demi pengalaman yang dikumpul memberanikan Naz membuka satu lagi cabang kerjayanya sebagai groom stylist pula. Dia banyak menata wajah dan gaya pengantin lelaki kebelakangan ini. Bagi sesetengah pasangan pengantin, Naz membuka satu pakej yang memudahkan (penataan hijab dan grooming).

FARED
Meneliti muat naik di akaun Instagram @byfardnm , dia bukan hanya banyak merias wajah pengantin lelaki, malah banyak juga sentuhan jemarinya memperkemas wajah seebriti. Antara yang pernah mendapat sentuhannya ialah Meerqeen, Hun Haqeem dan Zul Ariffin.
AFFIQ ARRAHMAN
Dengan jumlah pengikut di Instagram seramai 32.8 ribu, Affiq antara male grooming artist yang kerap menjadi pilihan raja sehari. Dia mahir menyiapkan raja sehari dari kepala hingga kaki- dengan solekan, dandanan dan juga memakaikan samping. Ikuti akaun Instagramnya- @affiq_arrahman

WAN AIZAT
Satu lagi małe grooming artist yang kerap diberi tanggungjawab menata rias wajah lelaki. Meneliti satu persatu gambar dan video yang dimuat naik, Wan Aizat pernah menata wajah selebriti seperti Syafiq Kyle, Ikmal Amry, Noki dan ramai lagi, rata-ratanya untuk penggambaran kempen. Dia juga menjadi pilihan raja sehari. Follow @wagroom_styling
AIZAM
Syed Saddiq, Zizan Razak, Dato Aaron Aziz, sekadar menyebut beberapa nama figura umum yang pernah menerima sentuhan Aizam. Dia juga banyak menata rias wajah raja sehari, boleh saja lihat di akaun Instagramnya @karyabyaizam

AQMAL ADLY
Aqmal Adly antara male grooming artist yang sering mendapat kepercayaan raja sehari. Selain itu dia juga kerap menjadi pilihan untuk menata rias wajah selebriti lelaki seperti Meerqeen dan Aliff Aziz. Aqmal antara groom stylist yang boleh menghasilkan riasan wajah yang nampak natural. Lihat hasil kerjanya Aqmal di pautan ini.










