BELLA HADID
Pernah diiktiraf sebagai wajah paling sempurna, Bella Hadid memang antara wajah yang disukai ramai hari ini. Pelbagai jenama berkejar-kejar untuk mendapatkannya. Menurut Bella, salah satu rahsia untuk mencipta rambut yang kemas dan sleek, dia biasanya menggunakan gel rambut lelaki. “Saya selalu gunakan gel rambut Anwar,” merujuk kepada adiknya, Anwar Hadid. Kongsi Bella lagi, sebelum dia menyapu gel rambut dia akan menyapu Moroccan oil terlebih dahulu.