Sepuluh produk cantik paling ikonik yang EH! bariskan ini terus gah berdiri sebagai item kecantikan kegemaran warga dunia, biar pun sudah berpuluh tahun usianya, tetap terus laris. Inilah definisi sebenar IKONIK!
Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion
Mula diperkenalkan pada tahun 1968, pelembap warna kuning ini asalanya dicipta oleh syarikat Estee Lauder selepas melihat keperluan untuk mereka mencipta sesuatu untuk mereka yang berkulit sensitif. Mereka mendapatkan khidmat bantuan pakar dermatologi Dr Norman Orentreich untuk mencipta pelembap ini yang akhirnya mencetus fenomena, terjual sebotol setiap 5.7 saat di seluruh dunia. Warnanya yang kuning itu sudah cukup membuatkan ia cukup ikonik.