Laura Mercier Translucent Powder
Laura Mercier, wanita kelahiran Provence, Perancis mulanya adalah seorang pelukis. Kemudian dia menyambung pengajian di Carita Beauty Institute, sekolah kecantikan di Paris. Dia berpindah ke New York untuk mengembangkan kerjayanya sebagai jurusolek dan pada tahun 1996 dia mula melancarkan jenama kosmetiknya sendiri yang mana dia mendapat kerjasama dari Janet Gurwitch, bekas baib presiden eksekutif Neiman Marcus. Bermula dengan Tinted Moisturizer yang cukup terkenal, satu lagi produk Laura Mercier yang jadi kesukaan ialah Translucent Powder, dan bedak ini antara wajib ada dalam beg jurusolek. Bedak tabur yang tidak punya warna itu menjadi kesukaan ramai, dilayangkan pada wajah sebagai pengunci asas solekan. Bedak translucent ini juga dikembangkan rangkaiannya, Hari ini ia sudah ada dua warna tambahn (Honey & Medium Deep) untuk disesuaikan dengan ton kulit. Malah dua tahun lalu Lara Mercier melancarkan dalam ton ‘Glow’ sebagai kemasan terakhir solekan.
Artikel Berkaitan: 4 PERKARA MESTI BUAT UNTUK AGE GRACEFULLY