Maybelline Great Lash Mascara
Usia maskara ikonik ini masuk 50 tahun dan pada usia lima dekad ini ia terus menjadi kesukaan ramai. Menurut Maybelline maskara ini terjual 17 ribu batang setiap hari dan ia kekal menjadi produk terlaris Maybelline sehingga ke hari ini. Warna bekasnya sendiri sudah ikonik, hijau neon dan merah jambu membuatkan maskara ini cukup menonjol, pemilihan warna bekasnya ini ada kaitan dengan atmosfera fesyen dan dekorasi waktu itu yang banyak bermain warna-warna menjerit. Formulanya tidak ditukar-tukar sampai ke hari ini dan inilah antara sebab mengapa ia kekal menjadi kesukaan. Tapi saya agak hairan mengapa maskara ini tidak dijual di rak-rak farmasi di Malaysia.