Chanel No. 5
Namanya diambil daripada sampel haruman kelima yang diterima Coco Chanel daripada pembuat haruman, Jacques Polge selepas dia menyampaikan hasrat mahu menghasilkan sebuah haruman untuk wanita Chanel. Kelalang jernih bersegi menyerlahkan isi haruman berwarna kuning keemasan yang mana penutupnya diinspirasikan daripada tempat ikonik di Paris, Place Vandome. Chanel No. 5 adalah haruman yang menyatukan kuntuman melati dan bunga May rose.