L’Oreal Elnett Hairspary
Satu lagi produk yang dibootlkan dalam ton kuning keemasan. Penyembur rambut ini cukup ikonik walaupun ada sesetengah beranggapan baunya agak mencucuk hidung. Tanyalah mana-mana pendandan rambut terkenal, pastinya mereka punya pengalaman menggunakan penyembur rambut ini. Ia tidak membuatkan rambut menjadi keras, rambut terasa ringan dan semburannya hilang dengan cepat, hanya dengan sekali sikat.