Urban Decay Naked Palette
Kisahnya, pengasas Urban Decay, Wende Zomnir mahu pergi bercuti bersama rakan sekerjanya, dan dia berpesan agar semua mereka membawa empat warna pembayang mata ton tanah bersama. Sewaktu di lokasi percutian mereka mula sedar kesemua warna yang Mereka bawa Boleh dicampur-campur, hasilnya cantik dan dari situ muncullah idea mahu menghasilkan palet pembayang mata. Maka pada tahun 2010 terlancarlah ‘Naked’, asalnya Wendy mahu menamakannya sebagai ‘Nude’ tapi merasakan ‘Naked’ lebih sesuatu!