Rouge Dior 999
Christian Dior asalnya mencipta gincu sebagai memenuhi kehendaknya memberi ‘ciptaan couture’ buat bibir pelanggannya. Christian Dior dulu menyajikan gincu-gincu merah kerana baginya merah adalah warna kehidupan. Jika mahu dipilih satuw arna dari himpunan Rouge Dior yang paling ikonik (Rouge Dior ada 75w arna semuanya), 999 adalah warnanya. Warna malar segar yang dicantumkan ideanya daripada dua warna gincu terawal ciptaan Christian Dior, yakni 9 dan 99. Natalie Portman sering dicalitkanw arna ini dalam kebanyakan kempen Dior. Oleh kerana warna ini sangat ikonik, Peter Philips menghasilkan 999 dalam empat kemasan berbeza tahun ini.