Shu Uemura Eyelash Curler
Pasti ada di dalam beg mekap mana-mana jurusolek profesional. Menurut protege mendiang Shu Uemura, Kakuyasu Uchiide dia mula bekerja dengan Shu Uemura sejak tahun 1980-an lagi dna menurutnya Shu sangat suka menyolek mata kerana baginya mata adalah cerminan kepada personaliti. Pada waktu itu memang Sudah ada pengepit bulu mata tapi bentuknya lebih melengkung dan lebih sesuai untuk wanita bermata galak bulat berbanding dengan bentuk mata wanita Asia yang lebih kecil, panjang dan mungkin sepet. Akhirnya mereka mencipta pengepit bulu mata yang tidak terlalu melengkung, sesuai untuk mereka punya mata berbentuk buah badam.