Hair mist mula menjadi obsesi ramai beauty lovers, terutamanya buat mereka yang mahu tampil fresh dan wangi sepanjang hari tanpa bau yang terlalu kuat atau memeningkan. Hanya sedikit semburan pada rambut sudah cukup memberi aura yang polished dan mahal seolah-olah baru keluar dari salon mewah.
Dunia kecantikan memasuki era apabila rambut juga menjadi sebahagian daripada signature scent seseorang. Menariknya, hair mist hari ini bukan lagi sekadar produk pewangi rambut biasa. Kebanyakan formula turut diperkaya dengan bahan penjagaan rambut yang membantu melembutkan rambut, mengawal frizz serta memberi efek kilauan sihat.
Jadi sambil rambut berbau harum, ia juga kelihatan lebih lembut, terurus dan bersinar. Lagi pula, siapa sahaja yang tidak suka apabila rambut masih berbau wangi walaupun selepas seharian di luar? Jadi, EH! senaraikan sepuluh hair mist yang sedang menjadi obsesi beauty lovers masa kini.
1. OUAI Melrose Place Fragrance Mist
Kalau anda sukakan haruman feminin yang masih terasa clean dan mewah, OUAI Melrose Place Fragrance Mist memang wajib masuk dalam beauty rotation anda. Diinspirasikan daripada suasana ikonik Melrose Place di Los Angeles, mist ini hadir dengan gabungan nota ros, laici, beri dan pink peppercorn yang menghasilkan aroma floral fruity yang segar dan tidak terlalu manis. Wangian rosnya juga terasa lebih airy, menjadikannya perfect untuk dipakai setiap hari.

2. KOPARI BEAUTY Seychelles Sands Hair & Mist
Kalau anda sukakan haruman yang memberi vibe bercuti di resort tepi pantai, KOPARI BEAUTY Seychelles Sands Hair & Body Mist memang patut ada dalam koleksi anda. Diinspirasikan daripada suasana golden hour di private beach, mist ini menggabungkan creamy vanilla, warm spice dan musk untuk menghasilkan aroma yang hangat, lembut dan sensual tanpa terasa terlalu berat.

3. DIOR J’Adore Hair Mist
Tidak lengkap senarai ini tanpa sentuhan klasik daripada Dior. Versi hair mist untuk J’Adore ini hadir dengan aroma floral yang elegan menerusi gabungan blood orange, neroli dari grasse dan damascus rose yang feminin. Formulanya ringan pada rambut tetapi masih meninggalkan haruman mewah yang cukup ikonik. Botol amphora mini yang diinspirasikan daripada siluet J’Adore pula memang cantik untuk dijadikan aksesori vanity table.

4. ANILLO Rosy Night Parfum Hair Mist
Hair mist dari Korea ini bukan sahaja membuatkan rambut berbau wangi, tetapi turut memberi efek rambut yang lebih lembut, licin dan terjaga. Diperkaya dengan damask rose water extract serta rosehip oil, formulanya membantu melembapkan rambut sambil meninggalkan aroma musky floral yang calming. Wangian rosnya terasa lebih dewasa dan elegant sesuai untuk mereka yang sukakan clean girl aesthetic dengan sedikit sentuhan mewah.

5. CAROLINA HERRERA Good Girl Blush Hair Mist
Versi hair mist untuk wangian popular ini hadir dengan aroma peony, vanilla, ylang ylang dan rosewater yang romantik yang memberi sentuhan lembut tetapi masih ada sisi sensual yang menjadi signature koleksi Good Girl. Harumannya tidak terlalu kuat, sebaliknya terasa ringan dan effortless. Paling mencuri perhatian, botol mini berbentuk stiletto ikonik ini yang sememangnya standout dan cantik untuk dibawa ke mana-mana.

6. JO MALONE LONDON English Pear & Sweet Pea Hair Mist

7. COCO & EVE Frizz Fix & Pro Shine Mist
Ini pilihan ideal buat anda yang mahukan lebih daripada sekadar rambut wangi. COCO & EVE Frizz Fix & Pro Shine Mist membantu mengawal frizz sehingga tujuh puluh dua jam serta memberi efek kilauan instant yang membuatkan rambut nampak lebih rapi. Diperkaya dengan hyaluronic acid, peptides dan proteins, formulanya membantu mengekalkan kelembapan rambut selain memberi perlindungan haba sehingga 220°C.

8. KEVIN MURPHY Shimmer.Shine Repairing Mist

9. OLAPLEX Volumizing Blow Dry Mist

10. CHRISTOPHE ROBIN Hydrating Leave-In-Mist With Aloe Vera

Artikel Berkaitan: K-Beauty Guide: Ini Produk Wajib Anda Beli Ketika Bercuti di Korea
