Bulan Januari adalah waktu yang tepat untuk menyegarkan rutin kecantikan anda, membuka lembaran baru yang penuh dengan potensi dan memberi ruang untuk kecantikan yang lebih segar, lebih berseri, dan pastinya penuh keyakinan untuk menghadapi tahun baru!
Tahun baru, azam baru. Tidak ada cara yang lebih baik untuk memulakan 2025 selain dengan memberi perhatian penuh kepada kecantikan dan penjagaan diri anda. Bulan Januari membawa angin perubahan dengan produk-produk kecantikan terbaharu yang bukan sahaja menyegarkan kulit dan rambut, tetapi juga memberi pengalaman sensori yang memanjakan.
Seperti biasa, EH! hadir dengan senarai 10 produk kecantikan yang pasti mencuri tumpuan, memberi kilauan baru pada kulit, rambut, dan penampilan anda. Jom kita terokai pilihan-pilihan produk pilihan kami yang patut ada dalam koleksi kecantikan anda!
1. Aesop
Aesop, yang terkenal dengan ramuan semula jadi, baru saja melancarkan dua produk terbaru yang pasti akan memikat hati pencinta kecantikan iaitu Immaculate Facial Tonic yang bukan sahaja menghidrasi kulit, tetapi juga mengeksfoliasi dengan lembut, membuang sel kulit mati dan memberi kesan kulit yang lebih halus dan segar, Diformulasi dengan vitamin B3 dan B5, ia memberi kelembutan dan ketahanan kepada kulit. Sementara itu, Lucent Facial Concentrate, dengan gabungan vitamin C dan Niacinamide, memberikan hidrasi mendalam, menyeimbangkan tona kulit, dan mencipta sinaran semulajadi yang tahan lama. Dua-dua produk ini pasti menjanjikan kulit yang lebih sihat dan berseri!
2. Lancôme
Lancôme baru-baru ini memperkenalkan edisi terhad Génifique Ultimate Serum untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-90, dalam kempen Ignite the Power of the Rose. Serum ikonik ini hadir dengan pembungkusan khas untuk Tahun Baru Cina 2025, dihiasi dengan karya seni Paris Rose hasil kolaborasi dengan seniman terkenal Cai Guo-Qiang. Dengan teknologi canggih yang meremajakan kulit, Génifique memberikan kesan kulit lebih muda dan bercahaya. Serum ini bukan hanya penjagaan kulit, tetapi juga sebuah simbol kecantikan abadi dan pembaharuan. Dihasilkan dalam edisi terhad, Génifique Ultimate Serum (115ml) dijual pada harga RM950, menjadikannya hadiah sempurna untuk diri sendiri atau orang tersayang di tahun baru ini.
3. Paula’s Choice
Memulakan tahun baru dengan rutin yang lebih ringkas dan efisien adalah satu langkah bijak. Paula’s Choice mengesyorkan tiga produk asas yang sangat penting untuk setiap jenis kulit iaitu pembersih lembut, exfoliate AHA/BHA, dan pelindung matahari SPF. Setiap produk dirumuskan untuk membantu kulit anda tetap bersih, licin, dan terlindung sepanjang hari. Menggunakan pembersih yang lembut namun efektif, diikuti dengan exfoliate ringan, serta perlindungan daripada sinaran UV adalah langkah terbaik untuk memastikan kulit kelihatan sihat dan berseri.
4. KOSÉ
Tiada yang lebih mewah daripada merawat kulit sambil tidur, dan KOSE Sekkisei MYV Acritise Golden Sleeping Mask adalah rahsianya. Dengan kandungan emas yang menenangkan dan memberikan kelembapan mendalam, mask ini bekerja dengan sempurna sepanjang malam, membantu memulihkan kecerahan dan tenaga kulit. Teksturnya yang kaya dan sensorial memberikan pengalaman spa yang menyegarkan, menjadikan kulit lebih berseri dan segar setiap pagi. Bagi mereka yang mencari cara cepat dan berkesan untuk memperbaiki kesihatan kulit, produk ini adalah pilihan yang tepat!
5. Huda Beauty
Tidak ada yang lebih menyeronokkan dari mengubah penampilan dengan warna-warna yang cerah dan berani. Huda Beauty menyemarakkan tahun baru dengan koleksi Ube yang memukau, membawa warna ungu lilac yang ceria ke dalam dunia kecantikan. Salah satu bintang utama dalam koleksi ini adalah Easy Bake Loose Baking & Setting Powder in Ube Birthday Cake, yang memberikan kemasan segar dan cerah pada bawah mata, dengan pigmentasi lembut yang memberikan kesan natural namun menawan. Koleksi ini mengajak kita untuk bermain dengan warna sambil mengekalkan kesempurnaan yang mewah.
6. Jean Paul Gaultier
Jean Paul Gaultier membawa keindahan seni klasik dan wangian ke dalam satu pengalaman yang memukau. Dalam koleksi terbarunya, wangian-wangian ikonik seperti The Birth of Venus dan La Grande Odalisque diterjemahkan menjadi pengalaman sensori yang kuat dan mengesankan. Dengan gabungan seni dan perasa yang berani, setiap botol parfum tidak hanya menggoda deria bau, tetapi juga membawa nilai artistik yang tinggi. Ini adalah pilihan sempurna bagi mereka yang menghargai seni dan kecantikan dalam setiap aspek kehidupan.
7. Drunk Elephant
Drunk Elephant tahu pembersih muka tidak semuanya sama, dan itu sebabnya mereka hadirkan Mello Marula Cream Cleanser, pembersih lembut yang sangat sesuai untuk kulit sensitif. Dengan pH yang seimbang dan minyak marula yang kaya khasiat, pembersih ini menghapuskan kotoran dan solekan tanpa mengeringkan kulit. Tanpa buih berlebihan, formula krimnya memberikan kelembutan dan keselesaan pada kulit, menjadikannya pilihan terbaik untuk rutin penjagaan harian yang bersih tapi tetap lembap. Kulit terasa segar, bersih, dan terjaga kelembapannya – sempurna untuk mereka yang mahukan pembersih yang lembut namun berkesan!
8. Ouai
Selepas musim cuti yang penuh dengan aktiviti, rambut dan kulit kepala kita memerlukan detoksifikasi. Ouai Detox Shampoo adalah penyelesaian terbaik untuk membersihkan kulit kepala daripada kotoran, minyak, dan klorin. Dengan bahan utama seperti cuka epal, shampoo ini memberikan pembersihan mendalam tanpa mengeringkan rambut. Ditambah dengan wangian Melrose Place, yang berbau seperti taman bunga di Los Angeles, setiap penggunaan adalah pengalaman yang menenangkan dan menyegarkan.
9. Eucerin
Melawan penuaan bukan hanya tentang krim atau mask semata, tetapi juga serum yang dapat memberikan perlindungan jangka panjang. Eucerin Hyaluron-Filler Epicelline®️ Serum hadir dengan teknologi epigenetik yang membantu memulihkan kecantikan kulit dari dalam. Serum ini meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kedutan, dan memberikan hidrasi mendalam sangat sesuai untuk anda yang ingin menangguhkan tanda-tanda penuaan.
10. Bobbi Brown
Untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh kemewahan, Bobbi Brown memperkenalkan Light the Night Collection, yang menawarkan kilauan dan pesona dalam setiap palet warna. Limited-Edition Lunar Lights Eye Shadow Quad hadir dengan empat warna mewah yang mencipta mata bersinar, sesuai untuk mana-mana majlis istimewa. Dengan sentuhan kemasan yang elegan, koleksi ini memberi suasana meriah pada setiap solekan.
Artikel Berkaitan: Intai Produk Kecantikan Pilihan EH! Sepanjang Tahun 2024