Untuk edisi Januari ini, EH! menghimpunkan sepuluh produk yang mencuri perhatian sepanjang bulan, bukan sekadar baharu atau viral, tetapi yang memberi impak sebenar bila dipakai. Anggap ini sebagai beauty edit pertama kami untuk 2026, dan pembuka kepada rutin kecantikan yang lebih bijak, kemas dan bermakna.
Sebelum Januari benar-benar melabuhkan tirainya, EH! mengambil masa untuk meneliti, mencuba dan akhirnya menghimpunkan sepuluh produk kecantikan paling outstanding bulan ini. Pilihan khas untuk anda, pencinta solekan yang sentiasa mencari sesuatu yang berbaloi untuk dicuba.
Intai Sepuluh Produk Kecantikan Pilihan EH! Januari Ini;
1. YSL The Slim
Ada gincu yang cantik di bibir, dan ada juga yang mampu mengubah mood seharian. YSL The Slim jelas berada dalam kategori kedua. Tahun ini, ia melangkah keluar daripada bayang Rouge Pur Couture, lebih berani, lebih matang dan lebih powerful. Bullet segi empat ikoniknya memberi sentuhan edgy yang moden, manakala tekstur leather-matte pula hanya memerlukan satu sapuan untuk hasil yang kemas dan polished, tanpa perlu touch-up berlebihan. Ini gincu untuk wanita yang tahu apa yang dia mahu. EH! suka kerana ia tenang, sophisticated dan quietly powerful.

2. Fenty Beauty Fine Linez Lash Line Enhancing Eyeliner
Ini eyeliner untuk hari-hari malas tetapi masih mahu nampak segar dan put together. Teksturnya smooth, senang dilukis, tidak pedih mata dan kekal tahan lama walaupun berdepan cuaca panas. Ringkas tetapi berkesan, ia benar-benar melengkapkan solekan mata dengan satu langkah kecil dan betul kata Rihanna Fine Linez memang maskara’s new best friend.

3. Guerlein Parure Gold Cushion Rejuvenating Radiance Foundation
Cushion ini memberikan efek luxury glow yang tepat bukan shiny, bukan greasy, tetapi kemasan yang kemas, segar dan membuatkan kulit nampak sihat dari jarak dekat. Formula yang sangat skincare‑forward dengan 90% asas berasaskan penjagaan kulit, ia diperkaya white peony, sentuhan 24-karat gold serta black bee honey untuk kesan rejeneratif. Teksturnya pula direka tahan haba dan kelembapan, menjadikannya selesa dipakai sepanjang hari.

4. Shu Uemura BrightOil Cleansing Oil
Membersih muka tak sepatutnya membuat kulit rasa ketat atau kering. brightOil mengingatkan bahawa proses cleansing juga sebahagian daripada penjagaan kulit. Solekan tebal dan kotoran ditanggalkan dengan mudah, namun kulit kekal terasa lembap, tenang dan seimbang selepas dibilas. Formulanya lembut, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang benar-benar menjaga skin barrier. Ini bukan sekadar pembersih, tetapi langkah pertama ke arah kulit yang lebih sihat dan resilient.

5. MAC Powder Kiss
Kalau anda mencari soft matte yang nampak lively, Powder Kiss adalah jawapannya. Versi terbaharu ini terasa lebih ringan dan sangat forgiving terutama untuk bibir kering. Kesan blurry membuatkan bibir kelihatan effortless, seperti “I woke up like this”, tetapi dalam versi yang lebih kemas. Pilihan warna nude baharu pula cukup selamat dipakai. Ini jenis gincu yang buat anda nampak cantik tanpa kelihatan terlalu bersolek. Simple, moden dan sangat relevan untuk gaya harian.

6. Hermès Plein Air Luminous Matte Skincare Foundation
Foundation ini benar-benar melambangkan DNA Hermès, quiet, refined dan tidak menjerit minta perhatian. Liputan sederhana dengan kemasan luminous matte memberi efek second skin yang menyatu cantik, menjadikan kulit tampak semula jadi tetapi lebih kemas. Diformulasikan dengan 71% bahan berasaskan alam semula jadi dan hadir dalam 34 pilihan rona, ia direka untuk dipakai setiap hari.

7. Bobbi Brown Lip Tinted Balm
Ini jenis produk yang hidup dalam beg tangan yang anda capai tanpa perlu berfikir. Bibir terasa kering? Pakai. Perlu nampak segar cepat-cepat, tanpa cermin? Pakai. Teksturnya ringan, selesa dan terasa sangat nourishing, manakala warnanya lembut dan naturalcukup untuk menaikkan seri tanpa nampak berlebihan. Produk kecil yang memberi rasa put together sepanjang hari, walaupun dengan rutin paling ringkas.

8. Kosas Shiny Objects
Highlighter ini bukanlah untuk yang mahukan kilauan drama atau efek terlalu glam. Ini untuk glow yang tenang dan sihat. Kilauannya halus, tidak chunky, dan terus menyatu dengan kulit tanpa nampak berlapis. Gunakan jari untuk hasil yang lebih natural dan skin-like, seolah-olah glow itu memang datang dari kulit sendiri. Ditambah pula dengan formulasi mesra kulit sensitif, ini adalah jenis highlighter yang anda akan capai berulang kali. Ringkas, selesa dan sangat effortless chic.

9. Giorgio Armani Luminous Silk Illuminating Primer
Ada hari kita tak perlukan foundation tebal cukup kulit yang nampak cantik dan segar. Luminous Silk Illuminating Primer memainkan peranan dengan teksturnya yang ringan, memberi rasa lembap dan licin serta glow yang sangat halus, bukan berkilat. Ini primer yang buat asas solekan menjadi dengan lebih cantik dan effortless.

10. King Kylie Collection
Throwback, but make it beauty. Sempena ulang tahun kesepuluh, Kylie Cosmetics membawa kita kembali ke era King Kylie, zaman yang melahirkan matte lip kit ikonik dan mengubah dunia kecantikan. Koleksi edisi terhad ini penuh dengan elemen nostalgia, dipersembahkan semula dengan sentuhan moden yang lebih fun dan wearable. Sesuai untuk pencinta solekan yang mahu sesuatu yang relevan, nostalgia, fun dan ikonik

Artikel Berkaitan: Momen Kecantikan Selebriti Yang Menjadi Bualan Internet Januari Ini
