Memilih produk kecantikan kegemaran sering kali menjadi cabaran tersendiri, terutamanya dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran hari ini. Lebih-lebih lagi, sebagai wanita, kita sering kali terpikat dengan produk yang bukan sahaja berkesan tetapi juga mempunyai pembungkusan yang menarik seakan love at first sight!
Memasuki bulan baru, ini adalah waktu yang ideal untuk saya berkongsi beberapa produk kecantikan yang benar-benar mencuri perhatian dan patut anda pertimbangkan. Saya cuba untuk tidak bias dalam membuat pilihan, setelah mencuba beberapa produk dan ada sebahagian darinya menggunakan bahan yang menjanjikan memberi saya keyakinan terhadap kesemua sepuluh produk pilihan saya untuk bulan ini.
Berikut adalah ulasan tentang produk-produk yang telah menonjol dalam rutin kecantikan bulan Ogos ini dan siapa tahu, anda mungkin akan menemukan beberapa kegemaran baru yang sesuai untuk diri anda juga.
1. KraveBeauty
Buat pencinta dunia kecantikan anda mungkin tahu bahawa jenama ini diasaskan oleh Liah Yoo, seorang Youtuber terkenal dalam dunia kecantikan Asia. Konsep unik mereka, ‘press reset’, menggalakkan penggunaan produk penjagaan kulit yang minimalis dan mendengar keperluan kulit. Salah satu produk utama mereka, Great Barrier Relief, mengandungi minyak Tamanu yang diperoleh melalui rantaian bekalan lestari, bagus dalam menenangkan kulit sensitif, menguatkan lapisan pelindung kulit, melembapkan, mengurangkan iritasi, dan membantu memperbaiki kulit.
2. Shiseido VITAL PERFECTION LiftDefine Radiance Night Concentrate Serum
Jika anda ingin perubahan kulit yang cepat dan efektif, serum ini adalah pilihan tepat. Menggunakan teknologi ReNeura++, serum ringan ini mengangkat, membentuk, dan menegangkan kulit tanpa rasa berminyak. Dalam masa singkat, kulit anda akan kelihatan lebih berseri. Serum ini mengatasi garis senyum, tanda penuaan, bintik-bintik, dan tona kulit tidak sekata dalam 4 minggu. Dengan kandungan 4MSK, ia mengurangkan kedutan dan bintik hitam sambil memberikan penampilan halus dan berseri. Wangian orkid Jepun menambah keseronokan penggunaan, menjadikannya pilihan ideal untuk kulit yang lebih muda setiap pagi.
3. Fenty Hydra Vizor Huez Tinted Moisturiser
Sebagai pencinta produk penjagaan kulit dan juga peminat Rihanna, saya teruja untuk berkongsi tentang Hydra Vizor Huez Tinted Moisturiser dari Fenty Skin. Produk ini menggabungkan reka bentuk dua bahagian yang inovatif dengan fungsi sebagai pelembap dan pelindung matahari SPF 30. Mengandungi asid hyaluronik dan niacinamide, Hydra Vizor bukan sahaja boleh mengurangkan bintik gelap dan meratakan tona kulit, tetapi juga menawarkan perlindungan matahari yang efektif. Ia adalah pelindung matahari kimia yang selamat untuk coral reefs dan tidak meninggalkan kesan putih, menjadikannya sesuai untuk semua tona kulit.
4. DR Dennis Gross Advanced Retinol + Ferulic Perfectly Dosed Treatment
Jika anda sentiasa mencari inovasi dalam penjagaan kulit, pad rawatan ini adalah jawapannya. Diformulasikan oleh pakar dermatologi, ia mengandungi 0.5% retinol tulen yang berkesan untuk mengatasi garis halus, kedutan, dan tona kulit tidak sekata. Setiap pad menyediakan dos yang tepat, menjadikannya mudah digunakan dengan tambahan bakuchiol dan rambutan untuk hasil anti-penuaan maksimum. Dengan squalane, asid hyaluronik, dan asid ferulik, produk ini menyeimbangkan kulit, memberikan kelembapan dan kilauan semulajadi. Pilihan ideal untuk rutin penjagaan kulit yang canggih dan berkesan.
5. Innisfree Daily UV Defense Sunscreen
Anda mungkin sudah sering mendengar betapa pentingnya pelindung matahari untuk kesihatan kulit daripada pakar dermatologi. Innisfree memperkenalkan dua pelindung matahari terbaru, termasuk Daily UV Defense Sunscreen, yang tidak meninggalkan kesan putih, ringan, dan memberikan kemasan dewy semulajadi. Formula berasaskan bahan kimia ini tidak menyebabkan kerengsaan mata dan mengandungi bahan menenangkan seperti teh hijau dan cica, sementara botolnya yang kecil, memudahkan aplikasi semula sepanjang hari.
6. Kérastase Première
Jika rambut anda kelihatan kasar, atau mudah patah, mungkin anda menghadapi masalah pengumpulan kalsium. Walaupun kalsium bagus untuk tulang, ia tidak memberi manfaat yang sama pada rambut. Kajian terbaru menunjukkan bahawa kalsium dari air yang kuat boleh melemahkan rambut, menjadikannya kurang kuat dan bersinar. Dengan rangkaian Première dari Kérastase, ia menawarkan penyelesaian yang sangat berkesan. Produk ini mengandungi campuran asid sitrik dan glisin yang kuat, direka khusus untuk menghapuskan pengumpulan kalsium pada rambut. Hasilnya, rambut anda boleh pulih sehingga 99% dari kekuatan asalnya.
7. The Ordinary Squalane + Amino Acids Lip Balm
The Ordinary memperkenalkan Squalane + Amino Acids Lip Balm dengan pembungkusan unik berbentuk titisan air yang segera menarik perhatian saya. Aplikasinya yang jernih dan ringan pada bibir, jauh berbeza dengan kebanyakan lip balm terbaru yang cenderung lebih tebal dan berkilat. Mengandungi gabungan squalane dan asid amino, produk ini bukan sahaja memberikan kelembapan dan penyembuhan untuk bibir kering tetapi juga boleh digunakan pada kutikel dan siku untuk kelembapan tambahan.
8. Anastasia Beverly Hills Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint
Sebagai pencinta skin tint, saya selalu mencari produk yang memberikan efek flawless dan Anastasia Beverly Hills Beauty Balm Serum Boosted Skin Tint memang memenuhi kriteria itu. Dengan bentuk stik yang oval, aplikasi pada setiap sudut wajah menjadi mudah. Ia mengandungi asid hyaluronik, peptida plumping, dan minyak biji yang menjaga kulit tetap lembap sepanjang hari, menjadikan ia sesuai untuk mereka yang memiliki kulit kering kerana sifatnya yang emolien dan tidak mengering. Jadi, jika anda mencari produk yang menggabungkan penjagaan kulit dengan solekan, beauty balm ini adalah pilihan yang tepat.
9. Huda Beauty Blush Filter Liquid Blush
Huda Beauty memperkenalkan Blush Filter Liquid Blush yang memberikan kemasan ringan dan menawan seperti ‘airblushed’. Selain baunya yang sangat wangi, ia hadir dalam lima warna menarik iaitu Cotton Candy, Peach Sorbet, Straw Cream, Watermelon Pop, dan Black Cherry. Warna-warna ini mudah di blend untuk memberikan kesan solekan yang cantik dan memikat. Pemerah pipi ini sangat mesra pengguna, sesuai untuk mereka yang baru sahaja berjinak dalam dunia solekan.
10. KVD Beauty Tattoo Liner Waterproof Liquid Eyeliner
Untuk eyeliner yang memerlukan ketahanan sepanjang hari dan kalis air, produk ini memenuhi semua keperluan anda. Apa yang saya suka adalah hujung 0.01 mm yang sangat halus, memberikan ketepatan yang luar biasa, membolehkan anda mencipta garis halus yang sempurna. Anda boleh dengan mudah mengubah gaya dari winged liner yang ikonik ke tampilan grafik yang berani tanpa sebarang masalah. Jika anda mencari eyeliner yang menjanjikan penampilan mata bold tanpa kesan smudge atau transfer, ini adalah pilihan yang tepat.
Artikel Berkaitan: 5 Produk Hilangkan Parut Jerawat di Sephora