Setiap bulan, EH! akan menyenaraikan sepuluh produk kecantikan pilihan, yang kami rasakan menarik dan sesuai untuk dicuba oleh pembaca setia. Daripada formula baharu yang menjanjikan hasil lebih efektif hinggalah tekstur inovatif yang memberi sensasi berbeza pada kulit, setiap pilihan dibuat dengan teliti bagi memastikan ia benar-benar berbaloi untuk berada dalam radar kecantikan anda.
Industri kecantikan sentiasa berkembang dengan pelbagai pelancaran baharu dan boleh dikatakan hampir setiap minggu. Namun, hanya beberapa produk sahaja yang benar-benar menonjol dari segi formulasi, teknologi dan inovasi terkini. Produk-produk inilah yang sering menjadi perhatian, sama ada kerana kandungannya yang diperkaya dengan bahan aktif terkini, teksturnya yang unik atau hasil yang menjanjikan kulit tampak lebih sihat dan berseri.
Untuk edisi Mac ini, EH! sekali lagi menyenaraikan sepuluh produk yang berjaya menarik perhatian kami. Setiap satunya dipilih kerana keunikan tersendiri serta potensi untuk menjadi kegemaran baharu dalam rutin kecantikan pembaca setia kami.
Sephora Collection Glow Brightening Cleansing Powder (RM 75)
Rutin penjagaan kulit yang baik bermula dengan langkah pembersihan yang efektif. Glow Brightening Cleansing Powder dari Sephora Collection hadir dengan tekstur serbuk yang berubah menjadi buih lembut apabila dicampur air. Diperkaya dengan vitamin C, ia membantu menanggalkan kotoran, lebihan sebum serta sel kulit mati, menjadikan kulit terasa lebih bersih, segar dan tampak lebih cerah.

Urban Decay Limited Edition 24/7 Moondust Glitter Eyeshadow (RM 120)
Jika mahu menambah sedikit drama pada solekan mata, Urban Decay 24/7 Moondust Glitter Eyeshadow edisi terhad ini adalah pilihan tepat. Tekstur glitter halusnya memberikan kilauan multidimensi yang membuatkan mata tampak lebih menonjol. Mudah di blend dan memberikan hasil sparkly yang elegan, sesuai untuk solekan malam atau acara istimewa.

Rare Beauty Find Comfort Hydrating Body Mousse-to-Oil (RM 148)
Find Comfort Hydrating Body Mousse-to-Oil dari Rare Beauty menawarkan pengalaman sensori yang unik. Tekstur mousse yang ringan ini berubah menjadi nourishing oil apabila disapu pada kulit, memberikan hidrasi sehingga lapan jam tanpa rasa melekit. Dilengkapi haruman segar dengan nota honeydew melon, lily of the valley dan sea moss, ia meninggalkan kulit terasa lembut, selesa dan harum sepanjang hari.

Fenty Beauty Stunna Lip Paint Longwear Fluid Lip Color (RM 149)
Lip paint ikonik dari Fenty Beauty kini hadir dengan tiga rona neutral baharu yang flattering untuk pelbagai tona kulit iaitu RiRi, Uninterested dan Unlawful. Setiap rona menawarkan sentuhan yang versatil, sesuai dipadankan dengan pelbagai gaya solekan harian mahupun glam. Dengan kemasan soft matte yang tahan lama, formulanya memberikan warna yang intens serta kemasan bibir yang kemas hanya dengan satu sapuan.

Paula’s Choice Pro-Collagen Peptide Firming Eye Serum (RM 195)
Kawasan mata sering menjadi tanda pertama keletihan kulit. Pro-Collagen Peptide Firming Eye Serum daripada Paula’s Choice diformulasikan dengan empat pro-collagen peptides yang membantu menjadikan kawasan mata tampak lebih segar. Ia terbukti secara klinikal membantu mengurangkan sembap, menegangkan serta melicinkan bawah mata. Teksturnya ringan dan cepat menyerap, sesuai digunakan dalam rutin pagi dan malam.

Huda Beauty Easy Bake Loose Powder Matcha Milk Cake (RM 210)
Bedak ikonik dari Huda Beauty ini sememangnya menjadi kegemaran ramai pencinta solekan. Kini hadir dalam rona baharu matcha milk cake, Ia mengekalkan formula ringan yang digemari ramai, dengan tekstur ultra-halus yang memberikan kesan soft-focus dan pore-blurring untuk kulit tampak lebih licin dan sempurna. Dengan ketahanan sehingga 18 jam, bedak ini membantu mengunci solekan agar kekal kemas sepanjang hari tanpa rasa berat.

Hourglass Illusion Luminous Glow Foundation SPF 30 (RM 324)
Bagi yang menggemari kemasan kulit berseri, Hourglass Illusion Luminous Glow Foundation SPF 30 menawarkan gabungan liputan sempurna dan hidrasi berpanjangan. Diperkaya dengan Advanced Hydra-Smooth Technology serta hyaluronic microspheres, ia membantu mengunci kelembapan sambil memberikan liputan sekata sehingga 12 jam. Teksturnya yang creamy namun ringan membuatkan kulit tampak lebih luminous, licin dan flawless sepanjang hari.

ELEMIS Pro-Collagen Rose Micro Serum (RM 580)
Jika kulit memerlukan hidrasi segera, ELEMIS Pro-Collagen Rose Micro Serum ini hadir dengan formula ringan yang membantu menyokong skin barrier sambil memberikan kulit lebih anjal dan berseri. Diperkaya dengan teknologi mikro-serum dan ekstrak ros, ia membantu menjadikan kulit terasa lebih lembap, lembut dan segar dengan efek glowing yang semula jadi.

Jimmy Choo I Want Choo With Love EDP (RM 570)
Koleksi haruman I Want Choo kini diserikan dengan kehadiran I Want Choo With Love, wangian feminin moden dengan sentuhan pink vanilla yang ceria dan memikat. Dicipta oleh pakar minyak wangi Amandine Clerc-Marie dan Gabriela Chelariu, haruman ini dibuka dengan nota segar raspberry, bunga oren dan mandarin, diikuti gabungan ros, hibiscus dan freesia. Ia kemudian diakhiri dengan sentuhan vanilla, sandalwood dan musk yang lembut, mencipta aura keyakinan serta keanggunan yang effortless.

Montblanc Explorer Extreme (RM 616)
Bagi lelaki yang menggemari wangian maskulin yang sofistikated, Montblanc Explorer Extreme hadir sebagai interpretasi lebih intens kepada koleksi Explorer ikonik. Haruman ini dibuka dengan nota segar bergamot dan clary sage sebelum berkembang kepada patchouli dan Ambrofix™ yang lebih mendalam. Ia diakhiri dengan sentuhan amber, leather dan vetiver yang hangat, menghasilkan wangian woody-ambery yang berkarisma dan elegan.

Artikel Berkaitan: Ini 5 Touch-Up Kit Wajib Ada Dalam Handbag Raya Anda!
