Siapa pernah masuk OLIVE YOUNG di Korea dan keluar dengan beg penuh skincare pasti faham betapa ‘bahayanya’ tempat ini. Berita baik buat peminat K-beauty, kini tak perlu lagi tunggu tiket penerbangan ke Seoul untuk mendapatkan sedikit rasa pengalaman itu kerana pilihan daripada OLIVE YOUNG sudah pun mendarat di Sephora Malaysia.
K-beauty lovers, this is not a drill. OLIVE YOUNG kini secara rasmi boleh ditemui di Sephora, dengan Malaysia menjadi antara pasaran Asia yang menerima kolaborasi ini bersama Singapura dan Thailand.
Kalau selama ini OLIVE YOUNG sinonim dengan destinasi wajib singgah setiap kali bercuti ke Korea, kolaborasi ini membawa sebahagian pengalaman tersebut lebih dekat kepada kita. Di Malaysia, Sephora menyenaraikan 14 jenama menerusi OLIVE YOUNG K-Beauty Edit. Jadi untuk memudahkan misi shopping anda, EH! memilih 10 produk yang paling menarik perhatian untuk dijadikan permulaan.
1. BEPLAIN Mung Bean pH-Balanced Cleansing Foam (RM78)
Mung bean dalam pencuci muka mungkin kedengaran sedikit random pada mulanya, tetapi bahan ini sebenarnya sudah lama menjadi antara identiti utama BEPLAIN. Mung Bean pH-Balanced Cleansing Foam menggunakan ekstrak serta serbuk kacang hijau untuk membantu menyingkirkan kotoran, sisa solekan dan habuk halus tanpa membuatkan kulit terasa terlalu ditarik selepas mencuci wajah. Jadi kalau anda jenis yang tidak mahu rutin terlalu complicated dan hanya mahukan pencuci harian yang gentle ini patut masuk list anda.

2. Dr.Althea Pure Grinding Cleansing Balm (RM79)
Berbeza daripada cleansing balm biasa yang memerlukan anda menyeluk spatula ke dalam balang, produk ini hadir dengan mekanisme grinding dispenser. Hanya tinggal pusing sahaja untuk keluarkan produk. Ia mampu mencairkan solekan, sunscreen dan kotoran yang terkumpul pada kulit. Formulanya juga diuji untuk kulit sensitif dan direka supaya kulit kekal terasa lembut dan selesa selepas dicuci. Kalau anda peminat double cleansing, ini mungkin produk pertama yang patut masuk bakul.

3. Wellage Real Hyaluronic Soothing Cream 100 (RM79)
Hadir dengan tekstur berair dan formula bebas minyak yang memberikan hidrasi tanpa rasa terlalu tebal atau berminyak pada kulit, pelembap ini turut diformulasikan untuk membantu menenangkan kulit yang terasa panas dan mengawal lebihan sebum. Dalam iklim panas dan lembap seperti Malaysia, tekstur sebegini memang mempunyai daya tarikannya sendiri. Kulit masih mendapat kelembapan yang diperlukan, tetapi wajah tidak terasa seperti memakai moisturiser ketika suhu di luar mencecah 33 darjah Celsius.

4. THE LAB by BLANC DOUX Oligo Hyaluronic Acid Waterfull Tone-Up SPF50+ PA++++ (RM81)
Untuk hari yang anda mahu keluar rumah dengan kulit nampak lebih fresh tetapi malas memakai base makeup penuh, THE LAB by BLANC DOUX Oligo Hyaluronic Acid Waterfull Tone-Up SPF50+ PA++++ boleh menjadi penyelamat. Produk ini menggabungkan perlindungan UV SPF50+ PA++++ dengan efek tone-up, jadi selain melindungi kulit daripada sinaran matahari, ia turut membantu memberikan penampilan kulit yang lebih segar dan sekata. Kadang-kadang kita memang mahu rutin pagi yang sesingkat itu.

5. TORHOP Saunan Heating Salt Mask (RM84)
Diinspirasikan daripada ritual sauna Finland, mask ini menghasilkan sensasi hangat apabila disapu pada kulit. Formula tersebut menggunakan kristal garam laut halus untuk membantu menanggalkan lebihan sebum serta kotoran yang boleh membuatkan pori kelihatan tersumbat, tanpa bergantung kepada skrub yang terlalu kasar. Konsepnya lebih daripada sekadar memakai mask dan menunggu 10 minit. TORHOP mahu membawa pengalaman Nordic spa ritual ke rumah dan kalau rutin skincare malam anda juga merupakan sesi me time, produk sebegini memang membuatkan ritual itu terasa sedikit lebih istimewa.

6. haruharu wonder Black Rice Probiotics Barrier 2% NAD+ Serum Mist (RM88)
Serum tetapi dalam bentuk mist? We love convenience. haruharu wonder Black Rice Probiotics Barrier 2% NAD+ Serum Mist menggabungkan probiotik, lima jenis ceramide, panthenol dan squalane berasaskan tumbuhan dengan fokus kepada hidrasi serta sokongan terhadap skin barrier. Tetapi perkara yang membuatkannya benar-benar menarik adalah formatnya. Hanya sembur selepas mencuci wajah, sebelum solekan atau apabila kulit mula terasa kering di tengah hari. Tidak perlu membuka botol serum dan menepuk produk ke wajah ketika anda sedang rushing.

7. Celimax Retinal Shot Tightening Booster (RM99)
Kalau perkataan retinal, skin cycling dan anti-aging sudah menjadi sebahagian daripada vocabulary skincare anda, produk ini mungkin antara yang paling menarik untuk dicuba. Menggabungkan 0.1 peratus retinal yang dienkapsulasi liposom, Matrixyl® 3000 dan spicules dengan sasaran membantu memperbaiki penampilan garis halus, kedutan, kehilangan keanjalan serta pori besar. Tetapi jangan terlalu excited sampai terus sapu setiap malam. Untuk mereka yang masih baharu dengan retinal, Celimax menyarankan penggunaan secara berselang dalam dua minggu pertama sebelum meningkatkan kekerapan mengikut toleransi kulit.

8. CELL FUSION C Aquatica Cooling Sunscreen SPF50+ PA++++ (RM90)
Bukan sekadar menawarkan perlindungan UV tinggi, formulanya mengandungi 71 peratus moisture essence, mineral terion dan hyaluronic acid untuk memberikan hidrasi sambil membantu memberi sensasi dingin kepada kulit yang terasa panas akibat terdedah kepada haba. Teksturnya ringan, cepat menyerap dan tidak melekit, menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang selalu mengelak sunscreen kerana tidak tahan rasa berat atau berminyak pada wajah. Protection, hydration dan cooling effect dalam satu produk, sangat sesuai dengan cuaca kita.

9. HEVEBLUE Salmon Caring Centella Toner (RM97)
Nama HEVEBLUE mungkin belum sefamiliar beberapa jenama K-beauty lain, tetapi Salmon Caring Centella Toner mempunyai senarai bahan yang cukup membuatkan kita berhenti scrolling. Toner ini diformulasikan dengan 62 peratus Centella Asiatica leaf water, salmon egg extract, Sodium DNA dan beberapa bentuk hyaluronic acid. Fokusnya adalah memberikan hidrasi sambil membantu menenangkan kulit yang sensitif. Teksturnya juga direka supaya memberikan kelembapan tanpa meninggalkan rasa melekit. Jadi pada hari kulit tiba-tiba meragam, terasa kering, ini antara toner yang menarik untuk dicapai.

10. LAGOM Cellus Mild Moisture Cream (RM119)
Krim ini menggunakan teknologi Aqualicia®, yang direka untuk menyokong saluran kelembapan semula jadi kulit, bersama urea dan green tea callus extract bagi membantu menyokong skin barrier. Panthenol dan edelweiss callus extract pula melengkapkan formula dengan fokus kepada kulit yang terasa sensitif atau tertekan. Turut terkandung macadamia seed oil dan shea butter untuk memberikan nutrisi tambahan. Pilihan yang menarik apabila kulit mula memberi signal bahawa sudah tiba masanya untuk kembali kepada sesuatu yang lebih comforting.

Artikel Berkaitan: Pipi Berona Coklat, 7 Blush Pilihan Terkini
