Dior melancarkan Rouge Dior On Stage Matte dan juga Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte selepas kecemerlangan Rouge Dior On Stage Shine tahun lalu. Dan bersempena pelancaran ini, EH! berpeluang menanyakan 10 soalan kepada bintang Dior, Jenna Ortega.

Kempen ini berkisar tentang membebaskan diri daripada pancaran kamera dan menyelami suasana malam yang sebenar. Jika momen sebegini mempunyai runut bunyi (soundtrack), apakah lagu yang akan kamu pilih?
Terlalu banyak lagu yang sesuai untuk situasi begini. Mungkin sesuatu daripada Grace Jones, atau Big Time Sensuality oleh Björk.
Apakah mesej tentang keyakinan diri dan kecantikan yang ingin kamu sampaikan menerusi kempen ini?
Tiada salahnya untuk tampil berani (bold), dan anda seharusnya benar-benar mengikut kata hati serta bertindak secara spontan.
Apakah impresi pertama anda terhadap Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte, dan bagaimana anda mentakrifkannya dalam beberapa patah perkataan?
Saya sangat teruja dengan Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte kerana teksturnya terasa semula jadi. Ia selesa dipakai dan memberikan efek soft-focus yang boleh saya hasilkan sendiri. Ia memang betul-betul rasa berbeza apabila Peter Philips sendiri yang menyolek bibir anda, tetapi sebagai seorang gadis yang bersiap sendiri di rumah, dan selalu pula dalam keadaan tergesa-gesa, ia terasa senang apabila tiada sebarang tekanan dan semunaya berlangsung santai.

Peter Philips mencipta rona yang direka untuk menyerlahkan pelbagai ton kulit. Biasanya, bagaimana kamu memilih warna gincu, adakah mengambil kira tentang apa yang dipakai, mood atau majlis yang dihadiri?
Rona gincu pilihan saya biasanya berada dalam kelompok warna yang sama, kerana secara semula jadi saya cenderung memilih rona yang serupa. Pakaian, mood dan majlis yang saya hadiri semuanya selari kerana saya mahu berasa selesa dan yakin.
Untuk solekan harian, saya banyak memakai rona nude, seperti rona 380 Nude Ultra, yang sangat sesuai dengan saya kerana mempunyai ton kecoklatan. Ia sedikit lebih pekat dan cukup ekspresif, sesuatu yang sangat saya gemari. Namun, jika saya berdandan dan mahu kelihatan benar-benar sofistikated, saya akan memilih 460 Red On Stage Matte, kerana bibir merah yang berani mampu mencuri perhatian.
Bagaimanakah pemakaian gincu, terutamanya rona yang lebih menonjol (bold) mempengaruhi mood, perasaan atau cara anda membawa diri?
Memakai warna gincu yang bold sememangnya mempengaruhi mood saya. Saya rasa cara saya membawa diri juga berubah kerana saya tahu saya sedang membuat satu statement yang jelas, sama ada untuk menghilangkan kebosanan atau sekadar mahu berasa lebih seksi!
Ia mengubah cara kita membawa diri, memberikan satu keyakinan, dan terasa seolah-olah menjadi perisai untuk diri.
Sebelum menghadiri acara karpet merah atau apa saja majlis, adakah kamu biasanya sudah mempunyai gambaran jelas tentang solekan yang diingini, atau kamu akan berbincang dan mencari idea bersama jurusolek?
Ada masanya bila melihat pakaian yang akan dipakai, saya sudah boleh bayangkan gaya penampilan saya. Saya bekerja dengan individu kreatif yang hebat dan kami semua mempunyai visi yang sama. Adakalanya mereka mengemukakan idea baharu, dan saya suka bereksperimen dengan kreativiti serta hasil seni mereka, jadi memang banyak perbincangan dilangsungkan terlebih dahulu.
Kemudian, apabila saya mengenakan pakaian dan kami mula bersiap, kami sudah tahu apa solekan yang diperlukan. Jika perlu, saya akan mencadangkan sedikit perubahan pada penghujung sesi, tetapi kebanyakannya saya suka membiarkan mereka berkarya. Jadi, cara paling mudah yang boleh saya katakan: kadang-kadang saya tahu apa yang saya mahukan, dan ada masanya ia lebih kepada satu proses penemuan gaya baru.
Jika anda hanya boleh memilih satu produk kecantikan untuk digunakan sepanjang hayat, apakah produk yang wajib ada?
Kebelakangan ini, saya rasa saya selalu memakai pengagris mata, tetapi saya fikir gincu ialah pilihan yang paling bijak kerana begitu banyak yang boleh dilakukan dengannya. Kamu boleh sapukannya pada bibir, kelopak mata, pipi, di mana-mana sahaja. Ia ibarat pisau serbaguna Swiss Army sebenarnya.
Watak yang kamu bawa sering saja berbekas di hati penonton. Apakah yang perlu ada dalam sesebuah projek supaya ia benar-benar bermakna?
Kejujuran amat penting bagi sesebuah projek untuk terasa benar-benar bermakna. Itu tidak bermaksud ia mesti sentiasa berkait dengan pengalaman saya sendiri, tetapi biasanya kamu boleh mengenal pasti apabila sesuatu penulisan itu lahir daripada pengalaman sebenar.
Jika saya melihat bahawa sesuatu projek berpotensi memberikan kesan kepada sesebuah komuniti, itu sangat istimewa bagi saya. Ia tidak semestinya perlu berbentuk drama yang penuh emosi, sesuatu yang bersifat satira dan menghiburkan juga boleh menyampaikan pandangan sosial.

Ada sebarang perkara yang belum pernah kamu laukan sebelum ini yang ingin kamu cuba?
Saya benar-benar mahu menceburi bidang pertukangan kayu. Saya ingin membuat kotak, meja dan barangan kecil untuk rumah. Saya rasa itu pasti sangat menarik. Perkara ini pernah saya beritahu sebelum ini.
Bagaimanakah kamu mengutamakan kesihatan mental dalam industri yang begitu sibuk dan mencabar?
Saya masih mendidik diri tentang perkara ini. Saya masih dalam proses untuk cuba memahami apa yang paling sesuai untuk diri saya. Tetapi saya tahu, jika saya mahu memberikan hasil kerja yang terbaik dan mampu menangani apa saja yang datang dengan baik, saya sememangnya perlu menjadikan penjagaan diri sebagai satu keutamaan.
TENTANG RANGAKAIAN ROUGE DIOR ON STAGE YANG BAHARU
“Formula baharu ini memberi ruang untuk kita mencipta lip stain atau bibir yang terbentuk sempurna. Kami mencipta sesuatu yang ringan, memelihara bibir dan dalam masa yang sama mestilah tahan lama,” kata Peter Philips, pengarah kreatif dan imej Dior Makeup.
Tahun ini Peter dan pasukan Dior Makeup memperkenalkan dua bintang baharu iaitu Rouge Dior On Stage Matte dan juga Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte. Dengan pelancaran dua koleksi ini kita sudah boleh tahu bahawa trend gincu pusam nampaknya kembali mendominasi.
Rouge Dior On Stage Matte
Rouge Dior On Stage Matte menawarkan gaya gincu puma yang sangat menonjol, yang membuatkan pemakainya berasa yakin tanpa perlu memikirkan gincu yang sudah tercalit pada bibir mereka. Semuanya akan nampak cantik terletak dan tidak bersememeh.
Peter Philips menamakan dua warna sebagai bintang utama Rouge Dior On Stage Matte. Dua warna tersebut ialah 380 Nude Ultra On Stage Matte, warna merah jambu dengan ton coklat. Ini ton nude yang akan jadi kegemaran ramai. Dan lagi satu ialah 460 Red On Stage Matte, warna merah dalam ton jingga yang cukup menonjol.
Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte
Manakala Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte pula diolah dengan formula dan efek samar-samar ala lip stain, dan boleh dinaikkan paras kepekatannya jika mahu. Semuanya bergantung bagaimana dan sebanyak mana yang kamu calitkan pada bibir.
“Formula yang ada pada Rouge Dior On Stage Ink Blur Matte adalah sesuatu yang sangat bernilai. Ia ringan, lancar untuk aplikasi dan kemasannya pusam samar-samar yang tahan 24 jam,” kongsi Peter Philips lagi yang mencipta 10 warna untuk koleksi ini.
Dua warna yang Peter angkat sebagai bintang dari koleksi ini, iaitu 558 Rosewood Star dan juga 100 Nude Look. Jika anda penggemar Rouge Dior anda memang sudah tahu betapa cantiknya warna nude 100 Nude Look.
Rouge Dior On Stage Shine yang dilancarkan tahun lalu kini bertambah dua warna iaitu 328 Dazzling Rose dan juga warna ikonik Rouge Dior, 999 yang kini diolah dengan formula terkini.
Kesemua koleksi ini sudah berada di butik Dior Beauty dan juga secara dalam talian, klik sahaja pautan INI.












