MTV VMAs suatu ketika dulu sering dimeriahkan dengan gaya pakaian dan solekan yang gila-gila, namun tahun demi tahun nampaknya lebih ramai selebriti lebih cenderung dengan gaya selamat. Mungkin mereka lebih suka yang minimalis dan timeless!
FKA Twigs
Antara selebriti yang berani untuk sesuatu yang lebih ekstrem di karpet merah MTV VMAs tahun ini. Dia memudarkan warna kening, merias mata dengan gaya soket dan melengkapkan solekan mata dengan bulu mata palsu dengan gaya yang agak ‘redup’. Bibirnya bercalit gincu pusam sama ton dengan bajunya. Rambutnya tocangnya pula dibentuk bagaikan headphone. Cool!
Doja Cat
Saya rasa antara yang paling menonjol ialah Doja Cat. Dia menghidupkan udara gaya era 80-an dengan gaya rambut besar serta calitan gincu merah yang agak clashing dengan warna busana Balmain dan aksesorinya. Oh ya, kuku Doja Cat juga dicat merah.
Ariana Grande
Saya ada perasaan love-hate relationship dengan kening blonde Ariana Grande. Kadang-kadang saya rasa okey, adakalanya saya rasa macam tak kena. Untuk penampilannya kali ini dia merias dengan gaya selamat, mengekalkan gaya ponytail dan cat-eye. Tapi saya suka busana polka dot dari Fendi ini, ada elemen retro sikit.
Sabrina Carpenter
Saya rasa jurusoleknya sengaja membuatkan kompleksinya lebih gelap untuk menyerlahkan imej bombshell. Tambah pula dengan gaun rendah merah dan bulu-bulu, dia menyerlahkan gaya old Hollywood glamour. Saya sukakan calitan gincunya, efek glos hanya dicalit pada bahagian terntentu, dan pensel bibir digunakan seadanya. Kalau ada apa yang boleh diperbaiki, saya rasa rambutnya agak messy kali ini.
Tyla
Saya suka pemilihan busananya di anugerah MTV kali ini, yang mana dia menyarung Chanel. Nampak ringkas tapi fesyen. Paling menyerlah tentulah gaya rambut bob dengan sentuhan cornrows. Kompleksi wajahnya dibiar tampil dewy.
Lady Gaga
Dramatik! Solekan pemenang trofi Artist of the Year ini menonjol di bahagian mata dengan solekan mata kemerahan, dipadankan juga dengan gincu merah pekat. Saya percaya semuanya dari koleksi mekapnya sendiri, Haus Labs pula didandan dengan gaya updo yang sangat theatrical.
Taylor Momsen
Dia mencipta gaya smokey eyes yang sangat dramatik. Pemilihan pembayang mata hitam seakan berglos membuatkan solekan matanya lebih menyerlah.Rambut ikal dalam gaya yang bersahaja menyeimbangkan keseluruhan gayanya di acara tahunan MTV ini.
Meg Stalter
Gaya quirky dimaniskan dengan solekan yang cute. Jurusoleknya bermain dengan ton merah jambu, membuatkan gaya solekan yang edgy ini lebih comel. Solekan yang diselarikan dengan busananya yang unik.
Ayra Starr
Tak ramai yang memilih solekan mata berwarna kali ini tetapi Ayra Starr memilih untuk menyapu pembayang mata warna ungu pada matanya. Bibirnya juga dilukis tebal dengan pensel bibir dan ditonjolkan lagi dengan lapisan glos bibir.
Zara Larsson
Solekan polos yang sangat sweet. Zara banyak bermain dengan kesan ‘hightlight’ pada pipi, bawah kening serta pada calitan glos di bibir. Gaya solekannya di anugerah MTV ini gaya ala girl next door! Sesuai dengan baju jarangnya yang berhiaskan kelopak-kelopak bunga pancawarna.