2. Pilih pelembap wajah yang betul.
Pelembab wajah membantu kulit anda untuk sentiasa kekal terhidrat sepanjang hari. Kulit yang lebih sihat akan mengekalkan solekan dengan lebih mudah. Gunakan pelembap bebas minyak dan calitkan pada wajah sebelum memulakan solekan anda. Semak terlebih dahulu kandungan produk yang anda beli untuk memastikan ia sesuai pada jenis kulit anda. Jika anda mempunyai kulit berminyak, sebagai contoh, pilih pelembap yang ringan dan mengandungi asid hyaluronik kerana ia menyerap lebih cepat ke dalam kulit dan mengimbangi jumlah minyak di wajah anda. Tambahan, lindungi kulit anda daripada sinaran matahari pada musim panas dengan cari pelembap tinggi SPF untuk perlindungan optimum.