Ada masanya kita mahukan bibir matte yang kemas. Tetapi kebanyakan hari, kita hanya mahukan sesuatu yang terasa ringan, berkilau, dan membuatkan bibir kelihatan hidup tanpa perlu berfikir terlalu lama.
Tahun 2025 menyaksikan lip oil bukan lagi sekadar produk sampingan. Ia kini berada di barisan hadapan memadukan rawatan dan kecantikan dalam satu sapuan ringkas. Teksturnya lebih pintar, kilauannya lebih halus, dan formulanya cukup berkhasiat untuk dipakai dari pagi ke malam. Ini EH! senaraikan sepuluh lip oil paling top rated di Sephora yang benar-benar memenuhi janji itu.
MARE Lip Slick Hydrating Tinted Lip Oil (RM56)
simple, chic dan tidak berlebihan. Dengan campuran botanical oils seperti shea butter dan jojoba, lip oil ini memberi kilauan lembut dan warna yang kelihatan seperti bibir asli tetapi versi yang lebih sihat.

FRESH Sugar Treat Lip Oil (RM109)
Lip oil yang terasa seperti rawatan spa untuk bibir. Teksturnya cushiony, selesa dan menenangkan, menjadikannya pilihan ideal untuk bibir kering yang perlukan kelembapan berpanjangan tanpa rasa melekit.

Charlotte TilburyUnreal Lip Oil (RM115)
Charlotte’s new! glaze yang tepat, tidak terlalu berkilau dan tidak terlalu ringan. Formula ini memantulkan cahaya dengan cara yang membuatkan bibir kelihatan lebih penuh dan polished, seperti sentuhan akhir solekan runway.

Rare Beauty Soft Pinch Tinted Lip Oil (RM118)
Lip oil yang bekerja dalam diam. Bermula dengan kilauan segar, kemudian meninggalkan stain lembut yang tahan lama. Mudah, selesa dan sangat effortless persis falsafah kecantikan Selena Gomez!

Huda Beauty Faux Filler Jelly Oil (RM120)
Untuk hari-hari dimana anda mahukan bibir yang kelihatan extra juicy. Diperkaya dengan peptides dan shea butter, teksturnya licin dan memberi efek bibir lebih penuh tanpa terasa berat atau terlalu dramatik.

MAC Cosmetics Lipglass Blow Plumping Oil (RM125)
Interpretasi moden kepada lip gloss ikonik. Lebih ringan, lebih selesa, dengan kesan plumping yang halus. Kilauannya clean dan sofistikated bukan sekadar glossy semata.

Kylie Cosmetics Lip Oil (RM125)
Lip oil yang menenangkan. Kaya dengan coconut oil dan fruit seed oils, ia memberi kelembapan segera sambil meninggalkan kilauan semula jadi yang sesuai untuk pemakaian harian.

Fenty Beauty Gloss Bomb Oil Luminizing Lip Oil ‘N Gloss (RM130)

NARS Afterglow Lip Oil Limited Edition (RM130)
Elegan dan understated. Lip oil ini meluncur di bibir dengan rasa mewah, memberi kilauan lembut sambil menyuburkan bibir ditambah sentuhan estetik edisi terhad yang klasik dari NARS.

EVEREDEN Tinted Lip Oil (RM135)
Lembut, clean dan sangat mindful. Formulanya vegan, non-toxic dan cukup selamat untuk semua peringkat usia. Kilauan yang dihasilkan kelihatan natural, hampir seperti no-makeup, makeup look.

Artikel Berkaitan: 11 Produk Bodycare Pilihan EH! 2025
