Air Kelapa
Sebagai agen anti-penuaan. Kandungan asid lemak, asid laurik merupakan elemen penting dalam proses pertumbuhan sel kulit baru. Elemen ini berfungsi untuk menghalang terjadinya proses penuaan pada kulit. Selain itu, antithrombitic dan anticarciogenic dapat mengimbangi kadar PH pada kulit wajah.
Ampas Kelapa
Terkenal sebagai skrub wajah dan badan. Ramai yang tidak tahu akan kegunaannya sebagi skrub tersangatlah efektif kerana menanggalkan kotoran yang menyebabkan pori-pori kulit tersumbat dan sel kulit mati mula kelihatan. Gosok untuk 5-10 minit ke seluruh tubuh badan termasuklah wajah dan bilas dengan air suam dan bersih. Kulit akan terasa lebih lembut dan segar.
Minyak Kelapa
Pilihan paling popular! Minyak ini turut dijadikan sebagai pelembap wajah untuk rutin malam. Malah, jika kegunaannya pada rambut pula sebagai penambah nutrisi dan elak rambut kering. Selain itu, mengurangkan alergi, keradangan dan jangkitan pada kulit wajah. Jika kamu mempunyai masalah kulit eczema,sapukan pada bahagian yang terdedah dan biarkan selama beberapa minit. Lakukan setiap hari sehingga kamu lihat sendiri ia berubah.
Santan
Ampas kelapa yang telah diperah menjadi santan ini janganlah dibazirkan. Mandian santan juga ritual holistik yang telah dilakukan oleh zaman nenek moyang terdahulu. Santan juga merupakan pati paling mujarab untuk melebatkan rambut. Lakukan dalam tiga kali seminggu tanpa henti sehingga rambut kembali sihat dan lebih bersinar.
Artikel berkaitan 10 Cara Minyak Kelapa Mencantikkan Anda