“Sedap tak? Wangi tak?” Itu antara soalan yang bagi saya sukar untuk dijawab kerana setiap orang ada preference masing-masing. Wangi bagi saya, belum tentu bagi anda. Jadi, amatlah sukar untuk menamakan satu atau tiga haruman terbaik tahun ini, lebih mudah jika saya pilih 11 haruman yang saya fikir akan memenuhi selera lebih ramai orang, yang datang dari pelbagai kategori- yang manis, yang berunsur bungaan, buahan ataupun musky. Mana satu kesukaan anda?

Hermès Barénia Eau de Parfum Intense
Saya boleh katakan haruman ini menonjolkan sisi elegan pemakai. Istimewanya haruman ini ialah penggunaan ‘butterfly lily’ yang tidak pernah digunakan di dalam minyak wangi wanita. Ia punya sentuhan bau yang lebih bold dengan kehadiran oakwood. Inilah ‘Birkin’ versi haruman yang akan menyuntik aura mewah pada penampilan. Boleh dapatkan di SEPHORA.

Dior Rose Star
Aroma ros di Dior pastinya bukan biasa-biasa kerana ia adalah bunga kegemaran Mr Christian Dior. Apatah lagi jika di tangan pengarah harumannya, Francis Kurkdjian. Bau bunga mawar Dior Rose Star membawa 1001 rasa- pedas, manis, velvety dan juicy dengan centuhan buah pir, lada Sichuan, lemon dan musk. Klik pautan DIOR untuk harga.

Bulgari Eau Parfumée Thé Vert Eau de Toilette
Bvlgari menghidupkan kembali salah satu minyak wangi ikoniknya dengan sentuhan yang lebih ‘menghijau’ dengan nota-nota sitrus yang lebih segar seperti nerolo, bergamot dan teh hijau. Menyembur haruman ini seakan membawa kita ke Itali di musim bunga.

YSL Libre L’Eau Nue Parfum de Peau
Yves Saint Laurent Libre L’Eau Nue Parfum de Peau noktah pencarian bagi anda yang mahukan sebuah haruman yang bebas penggunaan alkohol. Jika anda sudah maklum dengan keasyikan bauan Libre, ini wajib dimiliki. Bau yang sesuai dengan suhu negara kita, bagaikan musim panas yang panjang, dengan percikan segar sitrus seperti orange blossom, tubuh terasa segar sepanjang hari.

Chanel Chance Eau Splendide
“Bagi saya haruman ini playful. Bila bercakap tentangnya satu yang saya teringat ialah warna ungu. Bagi saya aromanya dinamik dan punya bermacam kejutan. Tiap kali menyemburnya ia menyuntik sesuatu yang berbeza,” kata Angele, wajah rasmi haruman ini. Chance Eau Splendide menemukan raspberi yang menjadi nadi buah-buahan segar, kuntuman mawar dan ungu, dengan gandingan geranium yang cukup segar yang ditanam di ladang Chanel di Grasse. Ramuannya turut ditambah dengan kayu sedar (cedarwood) sebagai suntikan nota kayu yang dominan kuasanya.

Gucci Flora Gorgeous Gardenia Intense
Seperti namanya, haruman ini kental dengan kuasa bau bunga-bungaan. Istimewa untuk yang ini, ia punya percikan bau sitrus dan kayu-kayan. Ia mengandungi bau mandarin bersama kuntuman gardenia berserta sandalwood. Gucci Flora Gorgeous Gardenia Intense sebuah jawapan bagi anda yang tercari-cari bauan yang berunsur bungaan namun tidak tipikal. Dapatkan di stor Gucci Beauty.

Jo Malone London Raspberry Ripple
Kalau anda seorang yang gemar sesuatu yang lebih ‘manis’ inilah haruman terbaru yang boleh anda cuba-cuba. Minyak wangi ni ibaratnya boleh buat kecur liur dek ramuannya yang ‘menyelerakan’ seperti rasberi dan white musk. Boleh dapatkan di SEPHORA selain stor Jo Malone.

Byredo Alto Astral
Byredo baru saja membuka butiknya di Suria KLCC, dan bagi yang baru nak berkenalkan dengan haruman ini (selain haruman ikoniknya seperti Blanche dan Gypsy Water) anda boleh mencuba Alto Astral. Aromanya unik dengan berinspirasikan energi dan budaya Brazil. Ia menghimpun bauan bunga melati, sandalwood, kashmir dan amber. Apa yang istimewanya lagi tentang haruman ini? Ia mengandungi bauan air kelapa, cukup kuat menyuntik unsur tropika.

Ferragamo Fiamma
Selain botolnya yang unik dan berunsur mewah. Ferragamo Fiamma semerbak dengan aroma yang cukup bold, ia disempurnakan dengan sentuhan bauan buah-buahan hasil penggunaan pir putih, nectarine, bunga melati, kuntuman gardenia dan juga musk.

Lancôme La Vie Est Belle
Haruman ini sudah lama di pasaran namun saya mahu menyertakan haruman ini dalam senarai tahun ini kerana ia punya bau feminin yang malar segar. Lancôme menghimpun bunga melati, vanila dan white musk, membuktikan Lancôme La Vie Est Belle sebuah haruman wanita yang cukup dari segala segi- feminin dan sensual. Selain Lancôme La Vie Est Belle, rangkaian ini juga punya varian lain seperti Lancôme Lancôme La vie est belle Vanille Nude, La vie est belle Iris Absolu, La vie est belle L’Elixir dan La vie est belle Rose Extraordinaire.

BONUS! Salt & Stone Saffron & Cedar Body Mist
Ada masanya kita mahu sesuatu yang lebih ringan dan memilih body mist berbanding haruman. Jika anda familiar dengan deodoran dari Salt & Stone, mungkin anda boleh cuba body mist dari jenama ini pula. Baunya spicy dan bersuntik segar dengan sentuhan kuntuman bunga melati. Dapatkan di SEPHORA.
