Garis masa media sosial seharian dipenuhi dengan foto-foto di karpet merah Met Gala 2021 yang akhirnya berjaya dilangsungkan selepas tertangguh tahun lalu akibat pandemik Covid-19.
Met Gala 2021 berlangsung gemilang semalam. Seperti selalu ada saja kemunculan yang menangkap mata, menjadi tumpuan dan juga tular. Kim Kardashian yang tampil bertutup penuh dalam Balenciaga, Rihanna yang membuat kemunculan rasmi bersama kekasih baru, A$ap Rocky hingga ke Justin Bieber dan Hailey Bieber yang tampil minimalis namun tidak kalah gaya.
Apalah erti helaian-helaian ‘couture’ jika tidak dilengkapkan dengan solekan dandanan sepadan. Setuju atau tidak, ada sesetengah gaun ‘couture’ kecundang di karpet merah Met Gala dek salah mekap dan rambut. EH! menyingkap solekan siapa yang menyerlah, siapa pula yang tenggelam di majlis yang berlangsung di MET Museum itu.