KIM KARDASHIAN
“Bertopeng pun bersolek ke?” itu antara komen netizen saat gambarnya bersiap dimuat naik. Masih memilih Mario dan Chris Appleton untuk meriasnya, Kim terus berjaya mencuri tumpuan di MET Gala. Berpandukan perkongsian Mario di Instagramnya, dia menumpukan kepada penyediaan kulit dengan pelbagai lapisan produk dari La Mer. Chris pula mendandan Kim dalam gaya ikatan ciut panjang dengan sambungan cemara sepanjang 73 inci.