GIGI HADID
Paling menarik tentang penampilan Gigi kali ini adalah warna rambutnya yang kini diwarnakan merah tembaga. Dari segi dandanan tiada yang luar biasa. Begitu juga solekannya, hanya dalam gaya cat-eye biasa namun yang membuatkannya agak menarik adalah sapuan pembayang mata metalik kebiruan pada sudut dalam matanya.