HAILEY BIEBER
Saya mungkin berat sebelah, kerana sejak kebelakangan ini apa sahaja yang isteri kepada Justin Bieber ini gayakan, saya suka. Begitu juga penampilannya di MET Gala ini. Solekannya bersahaja, sesuai dengan imej fesyen Amerika yang bersahaja dan tidak terlalu mencuba. Dia dirias jurusolek terkenal Mary Philips. Gaun YSL Hailey juga saya suka.