Selain banyak merias untuk penggambaran majalah, Sahir Sabri juga sering menjadi pilihan selebriti. Scha Alyahya, Ernie Zakri dan Aina Abdul antara tiga selebriti baris hadapan yang sering saja memilih air tangannya untuk merias wajah mereka. Bersama EH!, penerima trofi Makeup Artist of The Year di KL Fashion Awards 2024 ini berkongsi 12 item yang menjadi kesukaannya ketika ini.
Dior Forever Skin Perfect, RM295
Menurut Sahir, bedak asas dalam bentuk batang ini mudah dimesrakan pada kulit dan berkrim, jadi solekan tidak cakey. Ada 12 warna semuanya, RM295 sebatang. Dapatkannya di pautan INI!
Setting Spray
“Saya ada dua setting spray yang saya mesti ada dalam makeup kit. Pertama, One/Size On Til Dawn Setting Spray (RM165, 143ml), ini saya selalu gunakan untuk solekan pentas. Ia buat solekan tahan lama dan tak cakey. Jika untuk solekan nampak lebih glow, saya gunakan Fenty Beauty You Mist Makeup-Extending Setting Spray (RM156,100ml).
Giorgio Armani Luminous Silk Cheek Tint
Pemerah pipi ini yang jadi favourite Sahir Sabri ketika ini. Jika terlihat pipi Ernie Zakri merah samar macam efek pipi ‘malu-malu’ itu, inilah rahsianya. Pemerah pipi krim ini mampu tahan hampir 12 jam. Giorgio Armani Luminous Silk Cheek Tint, RM195, boleh dapatkan di pautan INI!
Embryolisse Lait-Crème Concentré – Daily Face and Body Cream
Kata Sahir ini memang all time favourite. Baginya ini sesuai untuk mana-mana jenis kulit. “Macam Siti Saleha, kulitnya tak sesuai pakai primer. Jadi saya gunakan ini. Sama juga dengan Ernie dan Aina, adakalanya tak boleh over moisturized. Krim ini boleh control, kalau rasa perlukan lebih hydration, boleh lebihkan,” kata Sahir.
Haus Labs by Lady Gaga Triclone Skin Tech™ Concealer
“Saya baru mencuba-cuba concealer ini. So far bagus, tidak terlalu tebal dan juga tak terlalu light. Dan tak cakey juga. Saya suka.” Haus Labs by Lady Gaga Triclone Skin Tech™ Concealer, RM172, boleh dapatkan di Sephora.
Westman Atelier Lit Up Highlight Stick
Kata Sahir highlighter ini adalah pemberian Scha Alyahya. Dan highlighter ini menjadi instant favourite, dan menurutnya stik ini beri efek yang wow.
Makeup By Mario Master Mattes™ Eyeshadow Palette
“Saya sukakan palet eyeshadow ini kerana ia ada earth tone yang lengkap, dari yang cerah hingga yang paling gelap. Jadi senang untuk mencipta transition warna.” Boleh dapatkan di Sephora, RM329.
Maskara
Kongsi Sahir ada dua maskara yang jadi kegemarannya buat masa ini. Pertama, Hourglass, Caution Extreme Lash Mascara (RM171). Maskara kedua yang jadi pilihannya ialah Lash Sensational Firework daripada Maybelline. Kita semua tahu maskara Maybelline memang hebat melentikkan bulu mata!
Pensel Bibir
Salah satu signature solekan Sahir Sabri yang saya perasan lewat kebelakangan ini ialah pada riasan bibir. Dia suka melukis bibir dengan ‘outline’ yang lebih bold. Jadi, saya tanyakan pensel bibir favourite-nya, kongsi Sahir ada dua, M.A.C Lip Pencil (RM125) dan Makeup For Ever Aqua Lip Pencil, RM89.