EH! mendekati bintang baharu yang makin gemerlap sinarnya, Isyariana, berbicara tentang rejim cantik dan amalan membelai diri.
Isyariana dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu. Dia yang memulakan langkahnya ke bidang seni dengan menyertai program nyanyian popular Akademi Fantasia pada tahun 2016 kini menunaikan impian sejak sekian lama untuk memiliki naskhah nyanyian sendiri. Lagu pop balada ‘Bisik Hati’ hasil ciptaan bersama Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh, manakala liriknya dinukilankan oleh Ikhwan Fattana sepenuhnya menjadi debutnya sebagai penyanyi. ‘Bisik hati’ sudah dilancarkan lebih kurang sebulan lalu di platform digital utama. Saya bertanyakan 12 soalan cantik kepada Isyariana.
Apakah haruman kegemaran Isya?
Ada beberapa yang jadi kegemaran antaranya Gucci Envy Me, Tom Ford Black Orchid, Chanel Madamoiselle dan Carolina Herrera Women.
Kongsikan cara Isya menyembur haruman?
Biasanya Isya akan semburkan pada nadi dan pelipat tangan, dan Isya juga semburkan pada pakaian.
Siapakah ikon cantik Isya?
Song Hye Kyo.
Ada sebarang petua tradisional yang Isya amalkan?
Minum air bawang putih dan halia untuk hilangkan angin dalam badan.
Bagaimana dengan pemilihan makanan? Diet atau tidak?
Isya memang suka makan jadi sukar sebenarnya untuk diet, cuma Isya memang kurangkan mana-mana makanan yang manis dan berlemak. Isya suka cuba mana-mana masakan tradisional tidak kira bangsa asalkan halal. Isya juga agak cerewet sebenarnya dalam memilih makanan, biasanya yang jadi pilihan ialah sajian berasaskan daging dan makanan laut.
Ada sebarang senaman atau aktiviti sukan yang sering dilakukan?
Selalunya Isya lakukan senaman ringan yang asas sahaja untuk segarkan badan.
Boleh kongsikan rejim penjagaan kulit?
Kulit Isya sebenarnya agak sensitif dan pilihan Isya lazimnya produk organik, berasaskan air dan tidak mempunyai bahan kimia. Isya banyakkan mencuci muka setiap hari, dalam empat kali.
Boleh kongsikan bagaimana dgn rutin penjagaan rambut pula?
Isya cuci rambut setiap hari. Dan biasanya selepas bersyampu Isya akan sapukan produk rawatan kulit kepala dan diikuti dengan menyapu serum pada hujung rambut. Rambut Isya agak tebal jadi untuk mengeringkan rambut boleh ambil masa satu jam kerana saya sangat teliti dalam memastikan setiap helai rambut kering selepas dicuci.
Apakah potongan rambut yang teringin dicuba?
Isya sudah cuba bermacam-macam jenis potongan rambut. Saya sukakan potongan undercut tapi atas faktor komitmen kerja terpaksa lupakan. Lagipun susah untuk dapat watak yang bersesuaian bila berambut pendek.
Apakah alat solek yang selalu dibawa di dalam beg tangan?
Lip balm, pemerah pipi, maskara dan bedak kompak.
Bold or nude lipstick ? Warna gincu kesukaan Isya?
Isya sukakan gincu nude pink, and my personal favourite dari NYX Soft Matte Lip Cream kod Stockholm.
Boleh kongsikan quote kegemaran Isya?
“Enjoy the journey not the destination” dan “Knowledge is knowing what to say. Wisdom is knowing whether or not to say it”.
Siapakah selebriti Malaysia yang cantik di mata Isya?
Maya Karin.
Artikel Berkaitan: 15 Soalan Cantik Bersama Eyka Farhana