Nak hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk teman wanita tapi bajet bawah RM200?
Jangan risau, EH! dah sediakan senarai 15 idea hadiah Sephora yang bukan sahaja cantik, tapi pasti buat dia teruja!
Dari penjagaan diri yang memanjakan, trending gincu, hingga set kecantikan yang comel dan praktikal, semuanya dalam bajet mesra dompet.
Idea hadiah bajet bawah RM200 untuk si dia:

OUAI Wanna Get A Ouai Kit Mini RM187
Untuk teman wanita yang sukakan rambut cantik dan wangi, OUAI Wanna Get A Ouai Kit Mini adalah pilihan tepat. Set mini ini datang dengan shampoo, conditioner, dan hair oil dalam saiz travel-friendly.

Glow Recipe Fruit Babies™ Set Mini RM182
Untuk peminat skincare yang sukakan tekstur ringan dan kulit berseri, Glow Recipe Fruit Babies™ Set Mini adalah pilihan ideal. Set ini termasuk miniatur cleanser, toner, dan moisturizer yang kaya dengan bahan semula jadi seperti buah-buahan tropikal, memberi kesegaran dan kelembapan maksimum.

Bobbi Brown Crushed Lip Gloss Duo RM180
Untuk teman wanita yang sukakan bibir berkilau dan warna semula jadi. Set ini mengandungi dua tona lip gloss yang lembut, mudah dipakai, dan memberikan efek bibir sihat munggil sepanjang hari.
Tekstur tidak melekit dan formula tahan lama membuatnya sesuai untuk dipakai ke pejabat, temu janji, atau santai bersama rakan.

Sol de Janeiro Bom Dia Bright™ Jet Set Mini RM170
Teman wanita yang sukakan kulit berseri dan aroma tropikal yang manis? Set mini ini mengandungi body cream, body mist, dan body lotion dengan aroma signature Brazil yang segar dan manis, memberi tenaga dan mood ceria sepanjang hari.

Kosas Unbuttoned Lip Set RM180
Inginkan ibir tampak natural tapi tetap menonjol…. Set ini termasuk beberapa lip balm berwarna dan lip tint yang melembapkan, ringan, dan mudah dipadankan dengan pelbagai gaya makeup.

Huda Beauty Glossiest Gloss Mini Kit RM167
Set mini ini mengandungi beberapa lip gloss shimmering dengan formula lembut dan tahan lama, memberikan efek bibir penuh dan bersinar tanpa rasa melekit. Saiz mini menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai untuk cuba pelbagai warna tanpa perlu beli saiz penuh.

Sephora Collection Cosmic Glow Face & Eye Brush Set RM168
Set ini termasuk berbilang berus berkualiti untuk muka dan mata, memudahkan aplikasi foundation, blush, eyeshadow, dan highlighter dengan lebih lancar dan kemas. Dengan rekaan comel dan saiz mesra perjalanan, set ini sesuai untuk kegunaan harian atau dibawa semasa travel!

Sephora Favorites Bundle of Joy Holiday Must-Have Value Set – MY (Holiday Limited Edition) RM160
Untuk teman wanita yang sukakan kejutan dan mencuba pelbagai produk baru, yes this is for her! Set edisi terhad ini mengandungi miniatur produk penjagaan wajah, solekan, dan minyak wangi yang popular, membolehkan dia mencuba pelbagai jenama dan formula tanpa perlu membeli saiz penuh.

The Ordinary The Mini Icons Set RM131
Set ini mengandungi miniatur produk ikonik seperti serum, moisturizer, dan treatment yang diformulasikan untuk pelbagai keperluan kulit, dari hydration hingga anti-aging.

Fwee Jelly Pot + Keyring Set RM91
Hadiah comel dan unik! Set ini termasuk lip balm jelly dalam bentuk pot mini berserta keyring cute, menjadikannya praktikal dan manis untuk dibawa ke mana-mana.

Ultra Violette Vi’s Supreme Skinscreen™ Routine Set RM155
Untuk teman wanita yang mementingkan perlindungan kulit sambil tampil berseri. Set ini mengandungi sunscreen dan produk penjagaan kulit tambahan yang ringan, tidak melekit, dan memberikan perlindungan UVA/UVB optimum.

Jill Stuart Luscious Berry Ready To Ribbon Runway Gift Collection Set RM173
Set ini mengandungi miniatur produk solekan dan body care dengan aroma manis buah-buahan beri yang memikat, sesuai untuk memberi sentuhan mewah pada rutin harian.

Huda Beauty Nude Obsessions Eyeshadow Palette Min RM175
Palet mini ini hadir dengan tiga tema warna nude iaitu Nude Light, Nude Medium, dan Nude Rich Obsessions dengan sembilan rona menawan yang direka untuk sesuai dengan semua tona kulit dan warna mata. Teksturnya lembut, mudah diblend, dan termasuk matte, shimmer, serta metallic shades untuk mencipta pelbagai gaya, dari natural hingga glam.

Makeup By Mario Supershine™ Lip Gloss Duo RM182
Set edisi terhad ini menampilkan dua warna baru lip gloss Mario yang melembapkan, memberikan kesan smoothing dan kilauan seperti kaca. Formula inovatif yang tidak melekit ini mengekalkan kelembapan bibir, membuatnya rasa lembut, licin, dan sihat. Set ini termasuk: SuperShine™ Lip Gloss (4.5 ml) Rose Glaze dan SuperShine™ Lip Gloss (4.5 ml) Rose Gold, termasuk warna shimmer pertama Mario.

Kayali Fleur Majesty Rose Royale RM185
Rasai sensasi “feel like the diamond that you are” dengan karya bunga hangat ini, timeless, romantik, dan sensual. Parfum ini merupakan simfoni indah daripada juicy pear, sweet peach, rose memikat, pink peony, violet wood, dan purple musk, menjadikannya sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa atau digabung dengan wangian kegemaran untuk mencipta mood unik sendiri.
Baca: 5 Workshop Idea di KL Untuk ‘Quality Time’ Bersama Pasangan
