Tahun 2022 dibuka dengan penuh warna oleh Anastasia Beverly Hills menerusi himpunan gincu dan pensel bibir mewah warna.
Pandemik yang sudah hampir melepasi dua tahun nyata tidak membunuh semangat jenama kencatikan untuk terus menghasilkan gincu dengan pelbagai tekstur, kemasan dan warna. Kegemilangan gincu sebagai item asas mesti milik terus diraikan Anastasia Beverly Hills (ABH) apabila mereka menyajikan 18 gincu baharu dalam dua tekstur yakni satin dan pusam.
Tidak cukup dengan mengolah warna menerusi 18 batang gincunya, ABH turut menambah lebih banyak pilihan warna pada pensel bibirnya (juga hadir dalam 18 warna).
Himpunan ini dilengkapi dengan lima warna yang didatangkan dalam tekstur pusam, dan selebihnya muncul dalam kemasan satin. American Doll dan Royal Red, dua warna merah menyala yang datang dalam kemasan pusam, da nada tiga lagi melengkapkan koleksi pusam ABH kali ini iaitu Blackberry, Rum Punch dan Tofee. Jika ditanyakan kepada saya, saya cukup menggemari Tofee , ia satu pilihan terbaik untuk calitan setiap hari. Warnanya sempurna buat anda yang mahukan gincu yang lebih deep warnanya, namun tidak terlalu gelap.
Bagi penggemar warna merah jambu, saya sarankan anda mencuba Rose Dream dan Dusty Rose. Dua warna yang datang dalam kemasan satin ini meluncur laju pada setiap aplikasi. Praline dan Soft Brown juga satu opsyen menarik untuk dicuba. Ia datang dalam ton coklat bernadi ton ‘nude’ yang tidak terlalu pucat.
TIP MENYAPU GINCU
1- Mulakan dengan melukis atau membentuk bibir menggunakan pensel bibir. Disaran memulakan pada bahagian tengah atas bibir (cupid bow).
2- Anda boleh berkreatif dalam melukis bentuk bibir, bergantung kepada objektif, sama ada mahu memberi ilusi yang lebih tebal atau nipis. Jika mahu lebih tebal dari bibir asal, boleh lukis di luar sedikit garisan bibir asal.
3- Bibir juga perlu dikontur, bukan wajah sahaja. ABH mencadangkan anda menyapu sedikit pensel bibir ton gelap pada sudut (atau hujung luar) bibir.
4- Bagi yang berbibir keirng, usah lupa menyapu pelembap bibir terlbih dahulu.
5- Akhir sekali sapukan gincu pada seluruh bibir. Untuk sapuan yang lebih kemas, gunakan berus bibir.
6- Cipta bentuk bibir yang lebih menonjol dengan memperkemas bibir dengan sapuan bedak asas atau sahap noda (concealer) agar bentuk bibir lebih menonjol.
Himpunan Anastasia Beverly Hills boleh didapati di Sephora.
Baca: Gincu Pusam Terus Hangat, Ini Top 4 Dari Burberry Beauty