Chanel terus rancak menghasilkan rangkaian produk berkualiti menerusi formula dan penemuan baharu. Dan ini dua produk pilihan EH! ini barangkali pilihan terbaik untuk menjadikan resolusi kulit glowing anda menjadi realiti.
N°1 DE CHANEL REVITALIZING SERUM
Cinta pada aplikasi pertama itu yang saya rasakan saat mengoles serum ini di wajah dalam satu acara privasi di Four Seasons Hotel dua tahun lalu. Tekstur ringan, menyerap masuk ke dalam kulit dengan pantas. Baunya juga menyenangkan.
Dan selepas beberapa tahun formulanya dipertingkatkan, dan N°1 De Chanel Revitalizing Serum terus menjadi kesukaan saya. Serum ini mengankat kehebatan khasiat nan terkandung di dalam bunga camelia merah, yang mana ia memonopoli 76 peratus bahan di dalam serum ini. Malah 95 peratus bahan kandungan serum ini adalah 95 peratus bahan semula jadi. Serum ini dikaji dan dihasilkan dengan objektif untuk menentang serta mengurangkan lima tanda penuaan.
Apakah lima tanda penuaan itu yang mahu dibanteras serum ini? Memudar kedutan, menyerikan kulit yang kusam, pori yang jelas terlihat, menganjalkan kulit dan membuat kulit lebih gebu.
Dan janji Chanel perubahan kulit ini boleh dilihat jelas selepas enam bulan. Kulit bertambah baik dari masa ke semasa. Dan Chanel memperkenalkan indeks vitaliti untuk mengukur keberkesanan produk ini khususnya dalam melawan lima tanda penuaan yang disasarkan.
N°1 De Chanel Revitalizing Serum kini juga sudah hadir dalam saiz 100ml.
LE LIFT PRO GOMMAGE AHA RESURFAÇANT
Pengelupasan kulit antara cara yang paling digilai suatu ketika dulu kerana ramai yang percaya ia antara alternatif terbaik untuk mendapatkan kulit yang lebih berseri. Betul, tapi sayangnya ramai yang tersalah cara dan produk. Ada yang menggunakan bahan yang berlebih-lebih kandungan asidnya yang akhirnya memusnahkan kulit sendiri.
Terkini, Chanel menerusi rangkaian Le Lift, mereka memperkenalkan Le Lift Gommage AHA Resurfacant yang bertindak sebagai produk pengelupasan setanding proses pengelupasan di salon kecantikan profesional.
Ditumpatkan di dalam tiub, ia mengandungi AHAs, asid sitrik dan asid glikolik. Kedua-dua jenis asid ini menawarkan pengelupasan lembut yang akan membuatkan tekstur kulit lebih lembut, nampak segar dan glowing. Pori pada wajah juga nampak lebih halus.
Cara aplikasinya juga mudah. Hanya sapu dan ratakan pada wajah menggunakan berus dan biarkan selama lima minit. Pastikan wajah sudah dibersihkan terlebih dahulu sebelum sapuan. Kemudian bersihkan wajah dengan bilasan air. Disaran gunakannya dua kali seminggu.