Musim bunga ini Estee Lauder memperkenalkan powder foundation yang pastinya bakal menjadi item solekan mesti ada dalam tas tangan anda.
Double Wear Stay-In-Place Matte Powder Foundation merupakan satu inovasi kecantikan terbaharu dari jenama kosmetik terkenal dunia, Estee Lauder. Yang istimewanya untuk bedak asas ini adalah ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja dengan rekaannya seakan bedak kompak.
Hadir dalam 20 ton kesemuanya, Double Wear Stay-In-Place Matte Powder Foundation menjanjikan pelbagai keistimewaan serta kehebatan buat si pemakai. Ia dicipta untuk pemakaian tahan lama sepanjang hari dan dalam masa yang sama tidak langsung mengeringkan kulit.
Teksturnya yang halus dan ringan turut mampu mengaburi pori-pori di wajah pada masa yang sama tidak kelihatan seperti caking atau over make-up. Mungkin buat wanita yang mempunyai masalah kulit berminyak akan mencintainya kerana ia dihasilkan dengan formula bebas minyak.
Double Wear Stay-In-Place Matte Powder Foundation mempunyai kehebatan dalam mengawal minyak serta kilauan wajah. Bukan itu sahaja, tidak seperti kebanyakan bedak asas yang lain, ciptaan terbaharu daripada Estee Lauder ini turut dicipta kalis air, peluh serta cuaca lembap.
Ia boleh dipadankan bersama cecair Double Wear SIP Foundation yang turut direka dengan keistimewaan bertahan sepanjang hari serta kalis air dan peluh.
Semestinya Double Wear Stay-In-Place Matte Powder Foundation kini bersaing dengan beberapa jenama terkenal yang lain dan ia dijual pada harga RM180 setiap satu.