Masuknya tahun baharu pasti ada yang berazam untuk tampil lebih kemas dan cantik bila ke pejabat. Apa kata kita mulakan dengan yang paling mudah dan impactful, iaitu dengan calitan gincu. Ini tiga gincu terbaru di pasaran bulan ini.
Huda Beauty Lip Contour 2.0 Automatic Matte Lip Pencil, RM100
Huda Kattan, pengasas Huda Beauty memang antara figura yang mempopularkan trend gincu pusam pekat beberapa tahun dulu. Kerana trend itu menular, jadi gincunya juga sering saja sold out. Terkini, Huda Beauty hadir dengan pensel bibir dengan 12 warna, teksturnya juga pusam. Gincu ini diciptakan bukan semata untuk membentuk bibir, malah ada juga yang menjadikannya sebagai kontur pada bibir, lebih-lebih lagi bagi yang menggemari trend bibir tebal. Pensel ini bukan sekadar mewarna malah ia mempunyai manfaat ekstrak kacang soya yang membuatkan bibir berapa lembap. Jika malas bergincu, boleh saja warnakan bibir dengan pensel ini.
Koleksi ini juga dilengkapi dengan Huda Beauty Liquid Matte Ultra-Comfort Transfer-Proof Lipstick (RM108), yang mana koleksi ini disempurnakan dengan 16 buah warna. Khabarnya satu sapuan mampu bertahan sehingga lapan jam. Menariknya gincu ini juga hadir dengan formula vegan termasuklah mengandungi minyak zaitun. Vitamin A & E.
Rouge Hermes, RM390
Cetusan tekstur dan warna mewah, Rouge Hermes pilihan gincu bagi anda yang mahukan bukan sekadar warna meliputi bibir tapi juga ‘perasaan’ eksklusif saat meluncurkan batang gincu pada bibir. Christine Nagel, pengarah dan pereka Hermes Parfums menghadiahkan tiga warna buat Rouge Hermes, dan kesemua warna ini didatangkan dalam ton merah berahi.
KVD Beauty – Everlasting Hyperlight Liquid Lipsticks, RM 100
Tahun 2023 akan menyaksikan gaya bibir mungil dengan calitan glos akan menjadi tular. Jadi gincu dari Kate Von D ini mungkin yang akan anda cari-cari. Musim percutian tahun lalu KVD Beauty menambah dua lagi warna iaitu Black Briar (dulunya dinamakan sebagai ‘Witches’) dan juga Cobra Lily yang hadir dalam ton merah. Namun begitu Black Briar hanya akan berada di pasaran pada Februari nanti. So stay tuned!