Apa kata bulan ini anda berbelanja lebih membeli gincu kerana banyak yang menarik baik dari segi formula juga warnanya, dan ketiga-tiga yang EH! pilih ini harganya RM125 setiap satu.
HUDA BEAUTY LIQUID MATTE ULTRA-COMFORT TRANSFER-PROFF LIPSTICK (RM125)
Antara perintis lip colour, Huda Beauty tawarkan lagi gincu yang tahan sepanjang hari dan kali ini dengan kemasan pusam-baldu. Disempurnakan dengan formula baharu, vegan yang lebih menyelesakan saat dicalit pada bibir, gincu dalam bentuk cecair ini datang dalam pilihan warna yang berpadanan dengan semua ton kulit. Tidak mengeringkan, tidak perlu dicalit berkali-kali, tidak mudah comot dan tidak mula berpindah warna, ini semua yang dijanjikan pada sebatang gincu baharu Huda Beauty ini. “Formula ini sangat ringan, bagai tidak mencalit apa-apa pada bibir,” kata Huda Kattan, pengasas Huda Beauty.
ANASTASIA BEVERLY HILLS LIP VELVET (RM125)
Mousse buat bibir? Satu formula baharu yang bakal jadi ikutan. Label kecantikan AMerika, Anastasia Beverly Hills memperkenalkan Lip Velvet, pilihan baru buat anda yang tercari-cari gincu pusam yang punya efek ‘soft-focus’, bertekstur ringan dan berpigmen penuh. Gincu ini membuat bibir rasa selesa, bibir lebih mungil bagaikan ditambah kusyen dan yang pasti formulanya tidak membuat bibir kering (anda tahu bagaimana rupanya bila mencalit sesetengah gincu pusam yang buat bibir nampak kering, tak sihat dan warnanya susah dipadam).
FENTY BEAUTY TREATZ HYDRATING + STRENGTHENING LIP OIL IN KALAHARI (RM125)
Berikan penghadang lembapan yang lebih kuat buat bibir dengan calitan minyak bibir terbaru dari Fenty Beauty. Teksturnya yang lebih pekat berjus menyediakan lembapan dan penghidratan buat bibir. Bibir anjal bagaikan kusyen hasil manfaat ekstrak dan vitamin dari buah ceri.
Kesemua gincu yang kami bariskan ini boleh ditemui di Sephora, sama ada di stor fizikal mahupun secara dalam talian.
BACA: 71 Tahun Menjadi Gincu Pilihan, Rouge Dior Yang Baharu Ada 70 Warna