Menjelang Valentines di bulan cinta ini, pelbagai jenama muncul dengan koleksi gincu terkini sebagai pelengkap bibir saat anda membutir kata cinta teristimewa bua si dia.
Rare Beauty Kind Words Matte Lipstick, RM 98
Bagi penggemar ton semula jadi dengan biasan kecoklatan, koleksi ini memang untuk anda.Hadir dalam 10 ton, gincu pusam ini meliputi bibir dengan selesa sepanjang hari, pigmennya mewah dan lembap. Tidaklah mengeringkan bibir atau buat bibir terkemut-kemut sepesti sesetengah gincu pusam yang lain. “Saya mahu mencipta gincu klasik yang betul-betul selesa dipakai. Setiap warnanya sesuai dipakai saban hari,” kata Selena Gomez. Koleksi ini juga dilengkapkan dengan Beauty Kind Words Matte Lip Liner (RM 74) pensel bibir untuk berganding sempurna dengan gincu ini. Ramai juga jurusolek selebriti yang sukakan gincu dari Rare Beauty, jadi saya rasa anda juga patut cuba. Boleh dapatkannya di Sephora.