M.A.C Locked Kiss Ink 24HR Lip Colour, RM143
M·A·C terusan menerokai dunia mewarna bibir dengan pelbagai formula, warna dan tekstur. Terkini mereka melancarkan M.A.C Locked Kiss Ink 24HR Lip Colour yang mana koleksi ini disempurnakan dengan 31 warna yang datang dari variasi ton. Ada yang tampil natural, membias gaya semula jadi, ada juga yang tampil dalam ton merah membara. Tidak lengkap juga andai koleksi gincu tidak dihadirkan dengan warna-warna manis seperti merah jambu, ungu mahupun jingga. Koleksi ini sudah pun berada di butik-butik kecantikan M.A.C. Atau boleh juga milikinya di pautan INI!